Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Armizan dakwa Bung selektif dalam isu MA63
Published on: Friday, November 28, 2025
Published on: Fri, Nov 28, 2025
Text Size:
Text:
Armizan dakwa Bung selektif dalam isu MA63
Armizan turut menegaskan, kerajaan pusat pimpinan Anwar kini menunjukkan kesediaan yang lebih jelas untuk menyelesaikan isu tertunggak MA63 secara berperingkat dan terancang.
Kota Kinabalu: Seorang pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengkritik Bung Moktar Radin yang didakwa bersikap selektif dalam memperjuangkan hak negeri bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), khususnya berkaitan pelaksanaan pemberian khas 40 peratus.

Menurut Timbalan Setiausaha Agung GRS, Armizan Mohd Ali, kenyataan Ketua Umno Sabah itu sebelum ini yang mendakwa pelaksanaan tuntutan tersebut boleh menyebabkan kerajaan persekutuan bankrap mencerminkan sikap tidak konsisten dalam memperjuangkan kepentingan negeri.

Advertisement
Namun, katanya, Ahli Parlimen Kinabatangan itu dilihat berbeza nada apabila menyentuh tuntutan supaya projek bernilai bawah RM50 juta diuruskan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah bawah kerangka MA63.

Merujuk kepada sebuah infografik dengan slogan ‘Fenomena Bung Speed’, Armizan berkata Bung didakwa berjaya mendesak Putrajaya supaya bersetuju meluluskan penurunan kuasa tersebut.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Bagaimanapun, jelasnya, perkembangan itu tidak berlaku ketika pentadbiran Putrajaya bawah Umno, sebaliknya selepas pembentukan kerajaan Madani pimpinan Anwar Ibrahim bermula Disember 2022.

Armizan yang ketika itu dilantik sebagai menteri hal ehwal Sabah dan Sarawak berkata, beliau sendiri membawa isu tertunggak berkaitan MA63 ke Kabinet, dengan penurunan kuasa itu menjadi antara agenda utama.

Advertisement
“Saya sendiri mencadangkan had RM50 juta atas alasan jumlah RM30 juta sebelum ini bersamaan dengan nilai projek di bawah bidang kuasa sedia ada Pejabat Perbendaharaan Persekutuan di Sabah dan Sarawak.

“Mesyuarat Jemaah Menteri pada 4 Jan 2023 telah meluluskan syor Kementerian Kewangan untuk memberikan pengiktirafan kepada JKR serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sabah dan Sarawak sebagai jabatan teknikal.

Advertisement
“Inilah fakta sebenar, bukan disebabkan ketegasan mana-mana individu semata-mata. Penurunan kuasa ini merupakan syor yang terkandung dalam platform MA63 sedia ada,” katanya di Facebook.

Armizan turut menegaskan, kerajaan pusat pimpinan Anwar kini menunjukkan kesediaan yang lebih jelas untuk menyelesaikan isu tertunggak MA63 secara berperingkat dan terancang.

“Sebab itu kita dapat melihat beberapa syor berkaitan MA63, termasuk penurunan kuasa kepada agensi teknikal Sabah, diluluskan dalam tempoh yang agak singkat,” katanya.

Beliau juga menegaskan, isu pelantikan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di Sabah, yang dipindahkan ke Putrajaya menerusi penubuhan Jawatankuasa Komuniti Desa Madani (JKDM), tidak mencerminkan semangat MA63.

“Sejak 2024, peruntukan bantuan pusat untuk pembayaran elaun JPKK tidak lagi disalurkan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah kepada kerajaan Sabah.

“Saya yakin ini merupakan kehendak Bung, Umno dan Barisan Nasional Sabah sendiri atas kepentingan parti supaya orang mereka dilantik menganggotai JPKK atau JKDM, sekali gus membelakangkan semangat federalisme dan MA63,” katanya.

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here