Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Bomba selamatkan budak terkunci dalam bilik
Published on: Wednesday, March 18, 2026
Published on: Wed, Mar 18, 2026
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
Bomba selamatkan budak terkunci dalam bilik
KANAK-kanak perempuan berjaya diselamatkan.
KENINGAU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun diselamatkan selepas terperangkap di dalam bilik rumahnya di Taman Pamilan di sini, pada Isnin malam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Keningau Severinus @ Mohd Nidzam Sainkui berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira jam 10.39 malam sebelum empat anggota bersama kenderaan EMRS dikejarkan ke lokasi.

Advertisement
“Setibanya di lokasi, pasukan mendapati seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun terperangkap di dalam sebuah bilik rumah itu.

“Pasukan bomba bertindak membuka pintu terkunci menggunakan peralatan khas,” katanya, menambah kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Severinus menasihatkan ibu bapa dan penjaga agar sentiasa memantau pergerakan anak-anak kecil di dalam rumah selain memastikan kunci pendua disimpan di tempat mudah dicapai bagi menghadapi situasi kecemasan.

Pada hari sama pihak bomba turut menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan jalan raya di Jalan Apin-Apin berhampiran premis kurier J&T pada kira-kira jam 9.49 pagi.

Advertisement
Severinus berkata kejadian melibatkan sebuah motosikal yang bertembung dengan sebuah kereta Perodua Kancil, menyebabkan seorang lelaki patah tangan.

“Pasukan bomba memberikan rawatan awal dan mangsa dihantar dengan kenderaan EMRS ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya.

Advertisement
Dalam perkembangan lain, beliau berkata pihaknya turut menerima panggilan kecemasan pada jam 8.48 pagi mengenai kehadiran seekor ular tedung sembur di sebuah rumah di Taman Tropikana.

Katanya, pasukan bomba yang tiba di lokasi menangkap reptilia berbisa itu menggunakan peralatan penjerut khas sebelum melepaskannya semula ke habitat semula jadi yang jauh dari kawasan perumahan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here