Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Usaha bersama tangani isu bekalan elektrik: Ketua Menteri
Published on: Monday, March 16, 2026
Published on: Mon, Mar 16, 2026
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Usaha bersama tangani isu bekalan elektrik: Ketua Menteri
HAJIJI menyampaikan replika kunci Rumah Bantuan Mesra Rakyat kepada penerima pada majlis itu.
Tuaran: Sabah meningkatkan usaha untuk menambah baik kecekapan perkhidmatan tenaga serta menaik taraf infrastruktur bekalan elektrik bagi memastikan sistem bekalan kuasa di negeri ini lebih stabil, mampan dan berdaya tahan.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata kerajaan negeri terus menyokong inisiatif yang dilaksanakan oleh Sabah Electricity dalam perkara ini.

Advertisement
Beliau berkata usaha yang sedang dilaksanakan termasuk meningkatkan kapasiti penjanaan elektrik, memperkukuh rangkaian penghantaran dan pengagihan, serta menambah baik kualiti perkhidmatan kepada pengguna.

“Komitmen ini selari dengan aspirasi kerajaan negeri untuk menyediakan bekalan elektrik yang stabil dan mampan bagi memacu pembangunan serta menjamin kesejahteraan rakyat,” katanya pada program Seikhlas Budi, Sesuci Ramadan bersama Ketua Menteri di Masjid At-Taqwa pada Sabtu. Turut hadir ialah Pengerusi Sabah Electricity, Saadiah Aziz.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Hajiji berkata kerajaan negeri melalui Majlis Tenaga Sabah, Suruhanjaya Tenaga Sabah serta agensi berkaitan sedang melaksanakan strategi komprehensif secara berperingkat melibatkan pelan jangka pendek, sederhana dan panjang bagi memperkukuh sistem bekalan tenaga negeri.

Antara inisiatif utama termasuk pembangunan projek penjanaan kuasa baharu yang melibatkan campuran sumber tenaga lebih pelbagai, termasuk penggunaan loji janakuasa berasaskan gas sebagai sumber tenaga peralihan.

Advertisement
Beliau berkata kerajaan juga memberi penekanan kepada pembangunan tenaga boleh diperbaharui seperti hidro, solar dan angin, selain penggunaan teknologi penyimpanan tenaga moden termasuk Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS) dan hidro simpanan pam.

Hajiji berkata projek sambungan grid elektrik Sabah–Sarawak yang dilancarkan awal tahun ini dijangka dapat memperkukuh lagi kestabilan sistem bekalan elektrik Sabah.

Advertisement
Menurutnya, projek itu bukan sahaja menjadikan bekalan tenaga lebih stabil dan boleh dipercayai, malah membantu mengurangkan secara berperingkat kebergantungan kepada penjanaan elektrik berasaskan bahan api fosil.

“Pada masa sama, ia akan meningkatkan margin rizab elektrik negeri serta meningkatkan keyakinan pelabur terhadap kebolehpercayaan bekalan elektrik Sabah.”

Beliau menambah pelancaran projek solar berkapasiti 15 megawatt di Tuaran baru-baru ini juga merupakan langkah penting dalam transformasi struktur tenaga negeri.

Projek itu bukan sahaja meningkatkan kapasiti bekalan elektrik Sabah malah menyokong pelaksanaan Pelan Hala Tuju dan Pelan Induk Tenaga Sabah 2040 yang menekankan pembangunan tenaga boleh diperbaharui serta kepelbagaian sumber tenaga.

“Tanpa bekalan tenaga yang stabil dan mencukupi, sukar untuk kita menarik pelaburan berimpak tinggi serta membangunkan industri bernilai tambah,” katanya.

Hajiji turut memuji komitmen Tenaga Nasional Berhad dan Sabah Electricity yang melaksanakan tanggungjawab sosial korporat melalui sumbangan Wakalah Zakat kepada golongan asnaf, masjid dan institusi tahfiz di Tuaran.

Katanya, program itu bukan sahaja memberi manfaat kepada golongan memerlukan, malah mengeratkan hubungan antara kerajaan, agensi dan komuniti setempat.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here