Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Permohonan Albert Tei mulakan prosiding komital terhadap Hajiji ditolak
Published on: Thursday, November 27, 2025
Published on: Thu, Nov 27, 2025
Text Size:
Text:
Permohonan Albert Tei mulakan prosiding komital terhadap Hajiji ditolak
Albert Tei (kiri) sebelum ini memohon kebenaran di bawah Kaedah 52, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (A52 KKM 2012) untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Hajiji (kanan), mendakwa kuasa imigresen negeri telah digunakan untuk menghalangnya memasuki Sabah sekali gus menjejaskan kehadirannya dalam perbicaraan kes rasuahnya.
Kota Kinabalu: Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu menolak permohonan ex-parte Albert Tei untuk mendapatkan kebenaran memulakan prosiding komital terhadap Ketua Menteri sementara Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Hakim Zaini Fishir @ Fisal membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan peguam Edward Paul yang mewakili Tei Jiann Chieng (Albert Tei), serta Peguam Besar Negeri Sabah (SAG), Datuk Brenndon Keith Soh bersama Roland Alik yang mewakili Hajiji.

Advertisement
Albert Tei sebelum ini memohon kebenaran di bawah Kaedah 52, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (A52 KKM 2012) untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Hajiji, mendakwa kuasa imigresen negeri telah digunakan untuk menghalangnya memasuki Sabah sekali gus menjejaskan kehadirannya dalam perbicaraan kes rasuahnya.

Menurut Brenndon dalam kenyataan pada Rabu, pihaknya diberi kebenaran oleh Mahkamah Sesyen pada 17 Nov 2025 untuk hadir membantu mahkamah dalam meneliti sama ada permohonan itu wajar dibenarkan. Pada masa sama, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Rustam Sanip turut diminta memberi hujahan bagi menyokong pendirian SAG.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Dalam bantahan awal, Brenndon menjelaskan bahawa A52 KKM 2012 hanya terpakai kepada prosiding sivil dan tidak boleh diguna pakai dalam perkara jenayah seperti diperuntukkan di bawah Aturan 1, Kaedah 2(2) KKM 2012. Oleh itu, katanya, permohonan Tei adalah “salah dan tidak selaras dengan undang-undang.”

Beliau menambah, Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan serta Seksyen 376 Kanun Tatacara Jenayah memperuntukkan bahawa Peguam Negara Persekutuan melalui TPR mempunyai kuasa mutlak terhadap semua pendakwaan dan prosiding jenayah.

Advertisement
“Sebagai seorang tertuduh dalam prosiding jenayah di mahkamah lain, Albert Tei bukanlah pihak yang sah untuk memulakan prosiding komital di mahkamah berbeza. Peranan itu terletak pada TPR dalam prosiding jenayah berkenaan,” katanya.

Menurutnya lagi, permohonan yang difailkan itu dibuat dengan niat jahat serta merupakan satu penyalahgunaan proses mahkamah kerana tidak mempunyai asas fakta atau undang-undang yang kukuh.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here