Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Kerajaan prihatin terhadap kebajikan rakyat: Nancy
Published on: Monday, March 16, 2026
Published on: Mon, Mar 16, 2026
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Kerajaan prihatin terhadap kebajikan rakyat: Nancy
Menurut Nancy, program seperti ini menunjukkan bahawa apabila kerajaan dan masyarakat berganding bahu, kita dapat membina komuniti yang lebih penyayang dan saling menyokong.
LAHAD DATU: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui pelbagai agensi terus berusaha memastikan kebajikan rakyat dipelihara secara menyeluruh.

Menteri KPWKM, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, usaha ini tidak hanya fokus kepada bantuan fizikal tetapi juga sokongan psikososial.

Advertisement
Beliau berkata, pelbagai program dilaksanakan sebagai usaha untuk mendekati masyarakat serta membantu individu dan keluarga yang menghadapi tekanan hidup atau cabaran emosi.

“Kita percaya masyarakat yang sejahtera bukan hanya diukur melalui kemajuan ekonomi, tetapi juga melalui keseimbangan emosi, kekuatan institusi keluarga dan keharmonian komuniti,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Sinar Syawal YKN dan Jelajah Kasih PSSS ‘Sa dengar, sa tulong bahh’ di Masjid Nurul Jihad, Kampung Cocos, Jumaat.

Menurut Nancy, program seperti ini menunjukkan bahawa apabila kerajaan dan masyarakat berganding bahu, kita dapat membina komuniti yang lebih penyayang dan saling menyokong.

Advertisement
Katanya, program ini menterjemahkan semangat di sebalik inisiatif “Sa dengar, sa tulong bahh”.

“Apabila masyarakat bersuara, kita mendengar. Apabila masyarakat memerlukan, kita tampil membantu,” tambahnya.

Advertisement
 

Bersempena dengan program berkenaan, Nancy yang juga Pengerusi Yayasan Kebajikan Negara (YKN) turut menyempurnakan penyampaian bakul makanan kepada 100 keluarga di sekitar Lahad Datu.

Sumbangan ini, katanya, mungkin tidak sebesar mana, namun ia membawa makna yang cukup besar, memberi sedikit kelegaan dan senyuman dalam Ramadan yang penuh keberkatan dan persiapan menyambut hari raya nanti.

Pada program berkenaan, Nancy turut menyampaikan geran peruntukan berjumlah RM120,000 kepada empat penerima bagi menyokong aktiviti keagamaan, kemasyarakatan dan kebudayaan di kawasan ini.

Peruntukan tersebut melibatkan RM10,000 kepada Masjid Nurul Jihad, RM10,000 kepada Masjid Nurul Ulum, RM50,000 kepada Persatuan Sukan, Rekreasi dan Budaya Segama Lahad Datu, juga RM50,000 kepada Persatuan Seni Budaya Idaan Kampung Segama Lahad Datu.

“Saya berharap peruntukan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk memperkukuh aktiviti kemasyarakatan, mempererat hubungan komuniti serta memelihara warisan budaya tempatan agar terus berkembang dan diwarisi oleh generasi akan datang,” tambahnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here