PENAMPANG: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor antara yang hadir memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Datuk Wilfred Sinidol di Gereja St Michael, Rabu.
Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Ewon Benedick.
Wilfred yang meninggal dunia di Pusat Perubatan Jesselton di Kota Kinabalu pada 16 Mac lalu, pernah berkhidmat dalam pasukan polis, berusia 86 tahun dan meninggalkan seorang isteri, Datin Ah Lan Yong, empat anak serta lima cucu.
Upacara pengebumian diadakan di Gereja St Michael sebelum jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Gereja Katolik St Joseph di Kampung Inobong.