Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
KPDN beri amaran terhadap penetapan harga tambang
Published on: Wednesday, April 01, 2026
Published on: Wed, Apr 01, 2026
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
KPDN beri amaran terhadap penetapan harga tambang
Kota Kinabalu: Sebarang bentuk keputusan, perjanjian atau persefahaman melibatkan penetapan harga tambang bas atau van persiaran adalah dilarang kerana boleh menjejaskan pasaran pelancongan negara.

Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali (gambar) menegaskan, KPDN memandang serius inti pati sidang media Persatuan Pelancongan Dalam Negeri Malaysia (MITA), baru-baru ini yang mengumumkan kadar tambang siling baharu berkuat kuasa serta-merta.

Advertisement
“Sungguh pun dimaklumi kenaikan harga diesel memberi implikasi kepada kos operasi industri, namun semua pihak perlu memastikan sebarang tindakan yang diambil mematuhi kerangka perundangan sedia ada.

“Justeru, sebarang bentuk perjanjian, persefahaman atau keputusan bersama oleh persatuan ini serta tiga lagi persatuan dan badan lainnya berkenaan penetapan harga, termasuk penetapan tambang minimum atau siling, adalah dilarang. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Ini kerana ia jelas mengandungi elemen kartel yang menjejaskan pasaran industri pelancongan negara, pada masa sama Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sedang meneliti tindakan persatuan-persatuan ini di bawah Seksyen 4(2)(a), Akta Persaingan 2010,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, Selasa.

Isnin lepas, MITA mengumumkan kadar tambang siling baharu bagi bas dan van persiaran berkuat kuasa serta-merta bagi membantu operator dan pelancong menyesuaikan diri dengan kenaikan harga diesel.

Advertisement
Langkah berkenaan diambil berikutan bas dan van persiaran serta feri tidak dimasukkan dalam mekanisme subsidi diesel negara sejak subsidi pukal dimansuhkan pada 2024.

Sehubungan itu, kadar tambang bas persiaran kini ditetapkan sehingga RM1,100 bagi siri lawatan dan antara RM1,900 hingga RM2,200 untuk lawatan harian domestik, manakala kos sewaan van pula adalah sehingga RM900 bagi siri lawatan.

Advertisement
Kadar baharu itu berkuat kuasa sehingga hari ini (1 April), namun MITA tidak menyatakan sama ada kadar berkenaan akan diteruskan selepas tarikh berkenaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here