Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Yusof nafi dakwaan ‘MIA’
Published on: Sunday, November 23, 2025
Published on: Sun, Nov 23, 2025
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Yusof nafi dakwaan ‘MIA’
Yusof turut menegaskan bahawa usaha membangunkan Sabah bukan janji, tetapi kewajipan.
LAHAD DATU: Calon Parti Warisan, Datuk Dr Mohd Yusof Apdal, menafikan dakwaan beliau tidak akan berada di kawasan untuk berkhidmat kepada rakyat sekiranya memenangi kerusi Silam pada pilihan raya negeri 29 Nov.

Yusof berkata khabar angin yang tular di media sosial itu disebarkan pihak yang kehabisan isu, khususnya sepanjang tempoh kempen, bagi melemahkan sokongan untuknya dan Warisan.

Advertisement
“Saya sentiasa berada di sini dan terus berkhidmat. Mereka yang menyebarkan khabar angin itu hanya mahu mengelirukan rakyat supaya tidak menyokong saya.

“Tetapi rakyat Sabah tidak bodoh. Mereka tahu nilai dan parti mana yang patut mereka sokong,” katanya selepas sesi libat urus bersama komuniti Cina di Palm Heights, di sini, Jumaat.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Khabar angin tersebut mendakwa Yusof, yang juga Ahli Parlimen Lahad Datu,  sering “hilang” atau Missing in Action (MIA).

Yusof turut menegaskan bahawa usaha membangunkan Sabah bukan janji, tetapi kewajipan.

Advertisement
“Pembangunan adalah tanggungjawab pemimpin yang dipilih rakyat, kerana itu memang tugas kerajaan,” katanya.

Beliau menyeru pengundi menilai perjuangan Warisan dalam menuntut hak Sabah di bawah MA63 serta tuntutan 40 peratus hasil.

Advertisement
“Adakah anda mahu hak itu dikembalikan, mahu MA63 dipenuhi? Adakah anda mahu 40 peratus itu dikembalikan walaupun kita sudah korbankan 60 peratus untuk negara?

“Maka sokonglah Warisan, kerana inilah yang kami perjuangkan,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here