Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Pegawai Kemajuan Masyarakat nafi guna jawatan bantu keluarga dapat Rumah SMJ
Published on: Saturday, March 07, 2026
Published on: Sat, Mar 07, 2026
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Pegawai Kemajuan Masyarakat nafi guna jawatan bantu keluarga dapat Rumah SMJ
HERMAN diiringi pegawai SPRM dan yang lain selepas didakwa di mahkamah.
SANDAKAN: Seorang Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) bagi Elopura mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menyalahgunakan jawatan dengan mencadangkan dua penama, yang juga merupakan saudara-maranya, sebagai penerima Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) 2022 walaupun mereka tidak layak menerima rumah berkenaan.

Herman Idris, 52, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Khas Rasuah Elsie Primus di Mahkamah Sesyen, di sini pada Jumaat.

Advertisement
Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Herman didakwa melakukan kesalahan itu pada 26 September 2022 kira-kira jam 2.30 petang di Dewan Persidangan Libaran, Aras 1, Wisma Perbandaran, Majlis Perbandaran Sandakan.

Menurut pertuduhan, sebagai penjawat awam yang berkhidmat sebagai PKM bagi kawasan Elopura ketika itu, dia didakwa menggunakan kedudukannya semasa mesyuarat kumpulan fokus daerah Sandakan untuk mencadangkan bantuan kemiskinan di bawah Program Perumahan SMJ bernilai RM70,000 setiap satu kepada dua penama yang merupakan saudara-maranya dan tidak layak.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Susulan hubungan kekeluargaan serta kepentingan yang timbul daripada tindakannya itu, kedua-dua saudara-mara berkenaan kemudiannya berjaya dipilih sebagai penerima Rumah Mesra SMJ.

Kesalahan di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) Akta sama itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan, jika nilai suapan itu dapat dinilai atau dalam bentuk wang atau RM10,000, mana-mana yang lebih tinggi.

Advertisement
Mahkamah menetapkan 2 April untuk pengurusan kes praperbicaraan dan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 deposit RM6,000 serta seorang penjamin tempatan.

Herman turut diperintah menyerahkan pasport antarabangsa, jika ada, kepada mahkamah, melapor diri di pejabat SPRM dua bulan sekali serta tidak mengganggu saksi pendakwaan.

Advertisement
Terdahulu, pegawai pendakwa SPRM Dzulkarnain Rousan Hasbi mencadangkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin tempatan bagi setiap pertuduhan sementara menunggu perbicaraan.

Bagaimanapun, peguam Sharatha Masyaroh John Ridwan Lincon yang mewakili Herman memohon jumlah jaminan lebih rendah dengan alasan Herman mempunyai tanggungan termasuk isteri, empat anak serta ibu dan ibu mentuanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here