Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
SMK Trus Madi mula operasi Jan
Published on: Saturday, November 22, 2025
Published on: Sat, Nov 22, 2025
By: Marutin Ansiung
Text Size:
Text:
SMK Trus Madi mula operasi Jan
MUHAMMAD Fa’izun Azwan menyerahkan replika kunci kepada Wan Hashim sebagai simbolik penyerahan bangunan kepada Kementerian Pendidikan.
SOOK: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Trus Madi bakal beroperasi mulai 12 Januari 2026, sekali gus menyelesaikan keperluan lama penduduk Sook untuk sebuah sekolah menengah baharu.

Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan) Kementerian Pendidikan, Dato’ Wan Hashim Wan Rahim, berkata perancangan pembinaan sekolah itu bermula sejak Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10), namun pelaksanaannya mengambil masa kerana faktor bentuk muka bumi dan kekangan lain.

Advertisement
“Tetapi hari ini kita bersyukur kerana bangunan sekolah menengah bernilai lebih RM51 juta ini akhirnya siap sepenuhnya dan akan memberi manfaat kepada 832 pelajar dari enam sekolah rendah berhampiran, termasuk 116 murid Tahun 6 yang bakal memasuki sekolah menengah,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Bangunan SMK Trus Madi di dewan serbaguna sekolah berkenaan, Khamis.

Terletak di Kampung Sinua, di sini, sekolah seluas 10.117 hektar itu dibina dengan reka bentuk kondusif dan mudah diselenggara bagi menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih selesa serta memberi impak positif kepada pelajar dan guru.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Sekolah itu dilengkapi blok pentadbiran, bilik darjah, dewan serbaguna, dewan makan, surau, asrama lelaki dan perempuan, kuarters guru serta pelbagai kemudahan riadah.

Wan Hashim turut menghargai komitmen pihak pemaju yang berjaya menyiapkan bangunan mengikut perancangan, selain merakamkan penghargaan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Pejabat Pendidikan Daerah Keningau serta rakan strategik lain.

Advertisement
Hadir sama, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Datuk Raisin Saidin, Pegawai Pendidikan Daerah Keningau Johari Sabin dan Pengarah Areach Marketing and Supplies Sdn Bhd, Muhammad Fa’izun Azwan Ahmad Sabli.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here