Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
PGA rampas 1,530 peket minyak masak bersubsidi dalam operasi
Published on: Thursday, March 12, 2026
Published on: Thu, Mar 12, 2026
By: Ibrahim Tabir
Text Size:
Text:
PGA rampas 1,530 peket minyak masak bersubsidi dalam operasi
BARANG rampasan yang ditemui dalam bot berkenaan.
SEMPORNA: Batalion 22 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kunak merampas 1,530 paket minyak masak bersubsidi dalam operasi bersepadu di perairan Singamata dan Pulau Bum-Bum pada Isnin.

Rampasan itu dibuat semasa Op Taring Esszone – Op Taring Bravo 3 apabila pasukan keselamatan yang menjalankan rondaan memintas sebuah bot kayu berwarna kelabu yang dikendalikan oleh dua lelaki tempatan.

Advertisement
Pemeriksaan lanjut ke atas bot terbabit menemukan sejumlah besar minyak masak yang dipercayai cuba diseludup ke negara jiran.

Barangan rampasan terdiri daripada 1,530 paket minyak masak bersubsidi jenama Sun Flower seberat satu kilogram setiap satu yang dibungkus dalam 90 beg plastik hitam.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Turut dirampas ialah dua gelen petrol, sebuah enjin bot Yamaha berkuasa 200 kuasa kuda serta peralatan berkaitan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan penyeludupan itu. Jumlah nilai rampasan dianggarkan RM67,442.

Semua tangkapan dan barang rampasan diserahkan kepada pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Semporna untuk tindakan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Advertisement
Pihak berkuasa akan terus mempergiat operasi risikan dan rondaan bagi mengekang aktiviti penyeludupan serta jenayah rentas sempadan di kawasan Esszone khususnya di perairan Kunak dan Semporna.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here