Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Operasi bersepadu bendung kegiatan jual rokok seludup
Published on: Wednesday, March 11, 2026
Published on: Wed, Mar 11, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
Operasi bersepadu bendung  kegiatan jual rokok seludup
Fairuz berkata operasi itu akan dilaksanakan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Imigresen serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
KOTA BELUD: Operasi bersepadu melibatkan beberapa agensi penguat kuasa akan dilaksanakan bagi membendung kegiatan penjualan rokok seludup susulan insiden seorang pegawai penguat kuasa Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dipukul, Jumaat lepas.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Fairuz Renddan berkata operasi itu akan dilaksanakan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Imigresen serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Advertisement
Beliau berkata kejadian melibatkan penjawat awam dipukul secara terbuka adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dan kerajaan negeri memandang serius perkara berkenaan.

“Kita ada perlembagaan dan undang-undang. Jangan terlalu menunjukkan keberanian dengan melanggar undang-undang. Kerajaan negeri akan berusaha menghapuskan budaya sedemikian di Sabah,” katanya kepada pemberita selepas sesi libat urus mengenai pembangunan industri padi negeri di sini, Selasa.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Fairuz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pintasan berkata, operasi bersepadu itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat, namun tarikh pelaksanaannya tidak didedahkan bagi memastikan keberkesanannya.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri turut meneliti usaha memperkukuh aspek penguatkuasaan, termasuk meningkatkan keupayaan anggota penguat kuasa pihak berkuasa tempatan.

Advertisement
Menurut beliau, perkara itu akan dibincangkan bersama menterinya Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif bagi mencari kaedah sesuai untuk memperkasa anggota penguat kuasa ketika melaksanakan tugas.

Dalam perkembangan sama, Fairuz memaklumkan pegawai penguat kuasa yang menjadi mangsa dalam kejadian itu dilaporkan stabil walaupun masih mengalami sedikit trauma.

Advertisement
Beliau berkata polis turut menahan empat suspek berhubung kejadian berkenaan, termasuk seorang remaja berusia 14 tahun.

Jumaat lepas, anggota penguat kuasa berusia 50 tahun itu cedera selepas dipercayai dipukul sekumpulan lelaki ketika membuat rondaan di Pasar Batu 8, Sandakan.

Mangsa mendakwa menegur seorang lelaki yang dipercayai menjual rokok tanpa cukai secara terbuka di kawasan pasar sebelum tercetus perselisihan faham dan mangsa diserang beberapa lelaki tidak dikenali.

Rakaman video insiden itu turut tular di media sosial.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here