Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Ewon: Mindet teliti usaha tingkat kecekapan operasi pelabuhan Sabah
Published on: Friday, March 06, 2026
Published on: Fri, Mar 06, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
Ewon: Mindet teliti usaha tingkat kecekapan operasi pelabuhan Sabah
Ewon berkata dalam lawatan itu, beliau turut mempengerusikan mesyuarat khas bagi membincangkan perkara berkaitan permohonan Zon Bebas Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) di Lahad Datu.
SANDAKAN: Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah (Mindet) sedang meneliti usaha meningkatkan kecekapan operasi pelabuhan di negeri berkenaan.

Timbalan Ketua Menteri III yang juga Menteri Mindet Datuk Ewon Benedick (gambar) berkata isu berkaitan pelabuhan yang dibangkitkan pemain industri akan terus menjadi komitmen utama pihaknya.

Advertisement
“Mindet di bawah kepimpinan saya akan terus komited memastikan usaha penambahbaikan pelabuhan dapat dilaksanakan oleh agensi, syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat konsesi yang terlibat,” katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Beliau berkata lawatan kerja ke Pelabuhan Sandakan pada Rabu adalah bagi melihat sendiri aduan selain mendengar taklimat daripada Pengurus Sandakan Port Hayati Md Enarji.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Saya juga mengalu-alukan komitmen Sabah Ports Sdn Bhd selaku operator Pelabuhan Sandakan yang akan membawa jentera-jentera baharu tahun ini bagi meningkatkan kecekapan operasi di pelabuhan itu,” katanya.

Ewon berkata dalam lawatan itu, beliau turut mempengerusikan mesyuarat khas bagi membincangkan perkara berkaitan permohonan Zon Bebas Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) di Lahad Datu.

Advertisement
“Saya menghargai pandangan dan komitmen semua pihak untuk menjayakan pembangunan Zon Bebas di Lahad Datu dengan mengambil kira keseimbangan konservasi alam sekitar. Mindet akan mengangkat hasil mesyuarat ini ke Jemaah Menteri Sabah,” katanya.

Sementara itu, Ewon turut mengalu-alukan penglibatan aktif syarikat swasta tempatan dalam sektor logistik serta usaha mereka mengembangkan perkhidmatan berkenaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here