Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Pitas, Pintasan dijangka kekal kubu kuat GRS
Published on: Thursday, June 19, 2025
Published on: Thu, Jun 19, 2025
Text Size:
Text:
Pitas, Pintasan dijangka kekal kubu kuat GRS
RUDDY (kiri) menyampaikan cenderamata berupa potret Datuk Seri Hajiji Noor kepada Masiung.
PITAS: Dua kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Pitas dan Pintasan dijangka kekal sebagai kubu kuat Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 akan datang.

Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Masiung Banah menyuarakan keyakinan bahawa kedua-dua kawasan terbabit akan terus menyumbang keputusan yang memberangsangkan kepada gabungan berkenaan.

Advertisement
Berucap di hadapan lebih 2,500 perwakilan di Pitas Masiung mengingatkan ahli parti agar tidak leka walaupun berada dalam kedudukan yang kukuh.

“Pemimpin akar umbi perlu mengekalkan komitmen tinggi bagi memastikan kemenangan besar dapat dicapai.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Kita boleh mengambil iktibar daripada sejarah Perang Uhud sebagai peringatan agar tidak terlalu awal meraikan kemenangan yang akhirnya boleh membawa kepada kekalahan yang tidak dijangka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan bagi bahagian Gagasan Rakyat Pitas.

Advertisement
Sementara itu Masiung yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) sewaktu mesyuarat bahagian Pintasan mengingatkan ahli parti supaya sentiasa mengikut arahan kepimpinan pusat dan tidak bertindak secara bersendirian.

Menurut beliau ahli Gagasan Rakyat perlu memberi tumpuan kepada tugas dan tanggungjawab masing-masing dan bukannya membuat spekulasi mengenai tarikh pembubaran Dun yang terletak di bawah bidang kuasa presiden parti.

Advertisement
Masiung turut menasihati pimpinan bahagian agar memberi tumpuan kepada usaha memastikan kemenangan dan tidak terpengaruh dengan provokasi pembangkang.

“Serangan pembangkang yang semakin meningkat serta kempen negatif hanya akan mengukuhkan lagi kedudukan GRS sebagai kerajaan negeri yang memerintah,” katanya.

Terdahulu Mesyuarat Bahagian Pitas diadakan di Padang Terbuka Kampung Salimpodon manakala mesyuarat bahagian Pintasan berlangsung di Kota Belud pada sebelah petang.

Bahagian Pitas diketuai oleh Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Seri Ruddy Awah dan bahagian Pintasan pula diketuai Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Fairuz Renddan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here