Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Rumah Terbuka Aidilfitri Sabah dijangka tarik 20,000 pengunjung
Published on: Friday, March 27, 2026
Published on: Fri, Mar 27, 2026
By: Jonathan Nicholas
Text Size:
Text:
Rumah Terbuka Aidilfitri Sabah dijangka tarik 20,000 pengunjung
Arifin berkata rumah terbuka itu akan menampilkan 71 gerai makanan yang dikendalikan peniaga tempatan, selain 15 hotel yang menyajikan pelbagai hidangan tradisional Hari Raya.
Kota Kinabalu: Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri peringkat negeri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) esok (Sabtu) dijangka menarik 20,000 pengunjung.

Acara bertemakan “Aidilfitri Wadah Perpaduan” itu akan berlangsung dari 10 pagi hingga 2 petang.

Advertisement
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif (gambar) menggesa orang ramai menghadiri acara berkenaan kerana ia merupakan peluang terbaik untuk mengeratkan hubungan masyarakat serta menyemarakkan semangat perpaduan.

“Kira-kira 95 peratus persiapan telah siap, dengan penganjur hanya perlu menjalankan raptai akhir. Kami yakin pengunjung akan memperoleh pengalaman yang bermakna,” katanya kepada pemberita selepas sesi temu bual dengan Sabah FM di sini, Khamis.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata sambutan itu dianjurkan dengan menitikberatkan nilai berjimat cermat dan berhemah selaras dengan saranan kepimpinan negara.

“Pendekatan ini turut disertai penambahbaikan program serta penglibatan lebih ramai golongan memerlukan.

Advertisement
“Kami menambah baik program dan pada masa sama mengambil kira nasihat serta mesej daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai nilai berjimat cermat dan berhemah.

“Kami memberi keutamaan kepada golongan memerlukan untuk menghadiri acara ini. Lebih 1,000 pelajar tahfiz dan anak yatim dijemput bagi memberi peluang kepada mereka bersama-sama meraikan sambutan ini,” katanya.

Advertisement
Arifin berkata rumah terbuka itu akan menampilkan 71 gerai makanan yang dikendalikan peniaga tempatan, selain 15 hotel yang menyajikan pelbagai hidangan tradisional Hari Raya.

Pelbagai aktiviti turut diatur termasuk penyampaian sumbangan kepada sembilan rumah kebajikan, persembahan kaligrafi serta hiburan oleh artis tempatan.

“Rumah terbuka ini bukan sekadar sambutan, tetapi juga usaha untuk menyumbang kembali kepada masyarakat dan melibatkan golongan yang sering terpinggir,” katanya.

Sambutan itu dijangka diserikan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman bersama isteri Toh Puan Faridah Tussin, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor serta anggota Kabinet Negeri.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here