Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Chong kekal Adun, petisyen pilihan raya Tanjong Kapor ditolak 
Published on: Friday, March 13, 2026
Published on: Fri, Mar 13, 2026
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Chong kekal Adun, petisyen pilihan raya Tanjong Kapor ditolak 
Kota Kinabalu: Mahkamah Pilihan Raya pada Khamis menolak petisyen pilihan raya yang difailkan calon Warisan Terence Au Soon Fui yang mencabar kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Tanjong Kapor yang dimenangi Datuk Chong Chen Bin (gambar).

Hakim Mahkamah Tinggi dari Bintulu Amelati Parnell menolak petisyen itu selepas membenarkan bantahan awal yang dikemukakan oleh Chong serta dua lagi responden.

Advertisement
Mahkamah memutuskan bahawa Chong dipilih dengan sah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bagi kawasan Tanjong Kapor.

Au menamakan Chong sebagai responden pertama, Pegawai Pengurus Pilihan Raya Tanjong Kapor sebagai responden kedua dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden ketiga.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mahkamah turut memerintahkan Au membayar kos sebanyak RM20,000 kepada Chong serta RM10,000 kepada responden kedua dan ketiga.

Pada 23 Disember 2025 Au memfailkan petisyen memohon pengisytiharan mahkamah bahawa Chong tidak dipilih dengan sah sebagai Adun Tanjong Kapor bahawa pilihan raya pada 29 November adalah terbatal selain memohon perintah kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Advertisement
Dalam petisyennya Au mendakwa pilihan raya tersebut terbatal kerana berlakunya rasuah secara meluas seperti yang dilarang di bawah Seksyen 32(a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang menurutnya begitu meluas sehingga boleh menjejaskan keputusan pilihan raya.

Dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 pada 29 November 2025 penyandang GRS Chong memenangi kerusi Tanjong Kapor dalam pertandingan 11 penjuru dengan memperoleh 6,171 undi.

Advertisement
Au memperoleh 4,737 undi diikuti Verdon Bahanda (Bebas) 5,812 undi, Muhammad Affan Jumahat (PN) 1,262, Kevin Lee Sip Kim (BN) 1,455, Shawn Davey Lee (Star Sabah) 434, Jetol Dangin (Parti Impian Sabah) 184, A Halim @ Abdul Halim Yussof (Parti Bumi Kenyalang) 166, Abdul Rahim Madtaip (Bebas) 105, Awang Karim Abdul Kadir (Anak Negeri) 63 dan Bonny Berman (Parti Progresif Sabah) 52 undi.

Pempetisyen diwakili peguam Hairul V Othman.

Chong yang juga Pembantu Menteri Kewangan diwakili peguam Shahlan Jufri, Rizwandean Bukhary M. Borhan, Datuk Ram Singh, Farrah Nasser dan Mohd Luqman Syazwan Zabidi.

Responden kedua dan ketiga pula diwakili Peguam Kanan Persekutuan Zetti Zurina Kamaruddin dan Zulyana Zollkapli serta Peguam Persekutuan Mohd Ashraf Abd Hamid.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here