Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Keputusan kekal harga diesel di Sabah, Sarawak wajar
Published on: Sunday, March 15, 2026
Published on: Sun, Mar 15, 2026
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Keputusan kekal harga diesel di Sabah, Sarawak wajar
Armizan berkata, selagi jurang harga barangan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung masih belum dapat ditangani sepenuhnya, kerajaan perlu mengambil langkah yang bersesuaian bagi melindungi kesejahteraan rakyat di kedua-dua wilayah itu.
KEPUTUSAN kerajaan mengekalkan harga diesel bersubsidi di Sabah dan Sarawak adalah wajar, mengambil kira faktor geografi serta jurang harga barangan yang masih ketara berbanding Semenanjung Malaysia.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali berkata, walaupun pelarasan kenaikan harga minyak dilaksanakan baru-baru ini, pelbagai pertimbangan telah dibuat oleh kerajaan sebelum memutuskan untuk meneruskan subsidi diesel di kedua-dua wilayah tersebut.

Advertisement
Katanya, antara faktor utama tindakan kerajaan itu disebabkan penggunaan diesel yang tinggi dalam kalangan pengguna domestik di Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, ramai penduduk di kedua-dua negeri masih bergantung kepada bahan api diesel untuk kegunaan harian termasuk bagi menjana bekalan elektrik, pengangkutan serta operasi jentera kecil.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Keadaan geografi di Sabah dan Sarawak menyebabkan penggunaan diesel dalam kalangan isi rumah dan komuniti setempat adalah lebih tinggi berbanding di Semenanjung Malaysia.

“Kerajaan turut mengambil kira jurang harga barangan yang masih ketara antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia,” katanya. 

Advertisement
Beliau mengulas rungutan segelintir pihak di Semenanjung yang mempersoalkan tindakan kerajaan mengekalkan subsidi diesel di Sabah dan Sarawak.

Kerajaan baru-baru ini mengumumkan pelarasan harga runcit bahan api berkuat kuasa 12 hingga 18 Mac, dengan harga petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi dinaikkan sebanyak 60 sen seliter.

Advertisement
Harga diesel di Semenanjung Malaysia pula meningkat 80 sen seliter kepada RM3.92 seliter, manakala tiada kenaikan bahan api sama di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Armizan berkata, masyarakat di Sabah dan Sarawak juga berdepan kos barangan yang lebih mahal disebabkan pelbagai faktor termasuk kos pengangkutan, logistik serta sumber bekalan yang jauh.

“Perkara ini bukan berlaku sekarang, tetapi sudah berlarutan sejak berpuluh tahun lalu dan masih menjadi cabaran yang perlu ditangani kerajaan,” katanya.

Selain itu, katanya, kerajaan juga telah memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi menstabilkan harga barangan di Sabah, Sarawak serta WP Labuan bertujuan memastikan rakyat di wilayah terbabit tidak terus terbeban dengan perbezaan harga barangan keperluan harian.

Beliau berkata, selagi jurang harga barangan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung masih belum dapat ditangani sepenuhnya, kerajaan perlu mengambil langkah yang bersesuaian bagi melindungi kesejahteraan rakyat di kedua-dua wilayah itu.

Katanya, pendapatan rakyat di Sabah dan Sarawak sebahagian besarnya digunakan untuk membeli barangan keperluan termasuk makanan yang harganya jauh berbeza berbanding di Semenanjung.

“Justeru, mengekalkan subsidi diesel di Sabah dan Sarawak adalah antara langkah penting bagi memastikan kos sara hidup rakyat tidak terus meningkat dan keputusan kerajaan ini dibuat berdasarkan pertimbangan menyeluruh serta mengambil kira realiti kehidupan rakyat di kedua-dua wilayah ini,” tegasnya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here