Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Kos haji kekal RM33,300 – Lembaga Tabung Haji
Published on: Thursday, March 19, 2026
Published on: Thu, Mar 19, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
Kos haji kekal RM33,300 – Lembaga Tabung Haji
Kuala Lumpur: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini memberi jaminan bahawa kos menunaikan ibadah haji bagi musim 1447H/2026 kekal pada RM33,300.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Mustakim Mohamad berkata meskipun konflik yang melanda Asia Barat ketika ini berpotensi memberi kesan kepada kos menunaikan ibadah haji pada tahun ini, TH akan menyerap sebarang peningkatan kos luar jangkaan. 

Advertisement
Beliau berkata hal ini kerana perjanjian dengan dua syarikat penerbangan iaitu Malaysia Airlines dan Saudi Airlines telah pun dikunci lebih awal.

“Tabung Haji yakin kos haji tidak akan meningkat untuk 1447 Hijrah kerana kita telah pun mengambil kira peningkatan harga minyak ini dalam perjanjian sedia ada… ia telah pun mengambil kira sebarang perubahan harga minyak yang akan memberi kesan kepada kos penerbangan,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mustakim berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pengumuman Agihan Keuntungan TH yang disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.

Bagaimanapun, beliau berkata TH akan menyemak semula kos haji pada masa hadapan sekiranya konflik di Asia Barat berterusan bagi jangka panjang dan memberi kesan kepada harga minyak dunia.

Advertisement
Pengerusi TH Tan Sri Abdul Rashid Hussain pula berkata menerusi rundingan dengan kedua-dua syarikat, harga penerbangan telah dipersetujui untuk tempoh tiga tahun sekali gus melindungi jemaah daripada impak langsung kenaikan harga minyak global.

Zulkifli juga berkata sehingga kini iaitu sejak penubuhan TH 62 tahun lepas, jumlah kumulatif agihan keuntungan kepada pendeposit telah mencapai RM49 bilion.

Advertisement
Beliau berkata pendeposit boleh menyemak agihan keuntungan yang telah dikreditkan ke akaun masing-masing bermula 10 pagi 19 Mac ini melalui platform THiJARI, kaunter Tabung Haji serta bank-bank rakan strategik iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank Islamic, CIMB Islamic dan Ambank Islamic. 

Pada sidang media sama, Zulkifli turut mengumumkan pelunasan zakat sebanyak RM95.3 juta kepada semua Majlis Agama Islam Negeri (Main) bagi pihak pendeposit tahun 2025, yang diselaras berdasarkan nisbah baki simpanan pendeposit mengikut negeri.

“Sehingga kini, jumlah zakat yang telah dilunaskan oleh Tabung Haji bagi pihak pendeposit mencecah RM1.57 bilion sekali gus memperkukuh usaha untuk membantu golongan asnaf,” katanya. 

Dari segi prestasi kewangan pula, Zulkifli berkata TH berjaya merekodkan pendapatan pelaburan tertinggi sebanyak RM4.64 bilion pada 2025 berbanding RM4.56 bilion bagi tahun sebelumnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here