Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Suara Sabah–Sarawak lebih kuat jika bawa isu bersama, kata bekas Ketua Menteri
Published on: Saturday, March 14, 2026
Published on: Sat, Mar 14, 2026
By: FMT Reporters
Text Size:
Text:
Suara Sabah–Sarawak lebih kuat jika bawa isu bersama, kata bekas Ketua Menteri
Salleh Said Keruak berkata idea kerjasama Sabah-Sarawak juga selaras semangat asal pembentukan Malaysia pada 1963, yang mengiktiraf Sabah dan Sarawak sebagai ‘Borneo States’ dalam Perlembagaan Persekutuan. (Gambar Wikipedia)
Kota Kinabalu: Suara Sabah dan Sarawak akan menjadi lebih kuat jika keduanya menyelaras serta bekerjasama membawa isu berkepentingan bersama, kata bekas ketua menteri Salleh Said Keruak.

Bekas Adun Usukan itu dalam kenyataan berkata keadaan berbeza jika dua negeri terbabit menangani isu besar secara berasingan yang boleh menyebabkan kedudukan tawar menawar menjadi lemah.

Advertisement
“Sudah tentu ada perkara di mana Sarawak dan Sabah mempunyai keutamaan yang berbeza. Itu perkara biasa.

“Namun bagi perkara berkepentingan bersama, bekerjasama langkah lebih baik,” katanya menyifatkan kerjasama Sarawak–Sabah mencerminkan idea asal pembentukan Malaysia.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Wilayah yang bekerjasama dengan saling menghormati.”

Salleh berkata idea kerjasama itu juga selaras dengan semangat asal pembentukan Malaysia pada 1963, yang ketika itu mengiktiraf Sabah dan Sarawak sebagai ‘Borneo States’ dalam Perlembagaan Persekutuan.

Advertisement
Menurutnya, ketika Malaysia dibentuk, negara ini terdiri daripada tiga komponen utama iaitu negeri-negeri Tanah Melayu, Borneo States serta Singapura.

Bagaimanapun, katanya pindaan Perlembagaan pada 1976 menggugurkan istilah ‘Borneo States’, sekali gus menyenaraikan Sabah dan Sarawak bersama negeri-negeri lain di Malaysia.

Advertisement
“Ramai berpendapat pindaan ini telah mengaburkan struktur asal serta semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Pindaan Perlembagaan lebih terkini telah mengembalikan sebahagian pengiktirafan terhadap kedudukan khas Sabah dan Sarawak, walaupun istilah ‘Borneo States’ tidak dikembalikan,” katanya.

Beliau turut menyentuh perbincangan mengenai idea ‘Blok Borneo’ yang menurut Salleh bertujuan memperkukuh kerjasama antara Sabah dan Sarawak dalam perkara berkepentingan bersama.

“Jika istilah ‘Borneo Bloc’ dianggap sensitif, mungkin lebih sesuai disebut sebagai kerjasama Sarawak–Sabah,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here