Fri, 22 May 2026
Headlines:
Persatuan Tenis Sabah gesa naik taraf gelanggang
Published on: Thursday, May 21, 2026
Published on: Thu, May 21, 2026
By: Lorena Binisol
Text Size:
Text:
Persatuan Tenis Sabah gesa naik taraf gelanggang
KEADAAN gelanggang tenis di Kompleks Sukan Likas ketika ini.
Kota Kinabalu: Persatuan Tenis Sabah (STA) berkata walaupun pencapaian Yuna Koh dan pemain lain wajar dipuji, sudah tiba masanya perhatian diberikan kepada keadaan gelanggang tenis di Sabah yang semakin uzur.

Kompleks Sukan Likas, yang suatu ketika dahulu menjadi pusat latihan ramai pemain muda berbakat, kini berada dalam keadaan tidak terurus dan memerlukan kerja naik taraf segera, kata Presiden STA Dr Terrence Soong.

Advertisement
Beliau berkata tanpa infrastruktur yang baik, sukar untuk mengekalkan momentum kebangkitan bakat-bakat baharu.

Beliau menggesa Majlis Sukan Sabah dan Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah supaya memberi keutamaan kepada usaha menaik taraf gelanggang di Likas tahun ini serta membina kemudahan baharu di daerah seperti Kota Belud, Kuala Penyu dan Semporna.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Katanya, inisiatif ini penting bagi mencungkil bakat baharu dan mengembangkan sukan tenis di seluruh negeri.

Walaupun berdepan cabaran terbabit, STA terus membimbing atlet-atlet berpotensi, membuktikan bahawa semangat dan ketabahan mampu mengatasi segala kekangan.

Advertisement
“Kejayaan Yuna bukan sahaja kemenangan peribadi buat dirinya, malah membuktikan ketahanan komuniti tenis Sabah yang terus teguh dalam misinya memartabatkan sukan itu dan melahirkan juara masa depan,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here