Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Raymond Tan akui terkejut baca berita serbuan terhadap Jans
Published on: Friday, December 05, 2025
Published on: Fri, Dec 05, 2025
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Raymond Tan akui terkejut baca berita serbuan terhadap Jans
Tan merupakan saksi pembelaan keempat dalam perbicaraan membabitkan bekas pengarah Jans Ag Tahir Mohd Talib dan isterinya Fauziah Ag Piut serta bekas timbalan pengarah Lim Lam Beng. 
Kota Kinabalu: Bekas Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Datuk Seri Raymond Tan mengesahkan bahawa salah satu akhbar tempatan yang melaporkan serbuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Jabatan Air Negeri Sabah (Jans) ialah Daily Express.

Tan mengakui perkara itu ketika disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM Haresh Prakash Somiah semasa prosiding pemeriksaan balas untuk memperincikan akhbar yang dimaksudkannya berkaitan berita serbuan tersebut.

Advertisement
Dalam soal jawab itu Haresh merujuk kepada kenyataan Tan sebelum ini bahawa beliau membaca tentang serbuan tersebut melalui akhbar tempatan.

Apabila dicadangkan bahawa salah satu akhbar berkenaan ialah Daily Express dan Tan mengesahkan perkara itu sambil menyatakan bahawa terdapat juga beberapa akhbar lain yang melaporkan perkara sama.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Apabila ditanya sama ada beliau berasa terkejut atau terperanjat membaca berita serbuan terhadap agensi di bawah kementeriannya ketika itu Tan menjawab “Ya.”

Tan merupakan saksi pembelaan keempat dalam perbicaraan membabitkan bekas pengarah Jans Ag Tahir Mohd Talib dan isterinya Fauziah Ag Piut serta bekas timbalan pengarah Lim Lam Beng. 

Advertisement
Mereka berdepan pelbagai pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM61.57 juta serta pemilikan barangan mewah secara haram antara Oktober dan November 2016.

Tan turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau amat terluka dengan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.

Advertisement
“Saya berada di sini di bawah sumpah untuk bercakap benar. Saya berada di sini untuk membantu mahkamah dan saya bersyukur diberi peluang. Saya berharap pada akhir kes ini nanti tidak akan ada bukti yang dikemukakan untuk menyokong tuduhan terhadap saya.

“Saya adalah mangsa dan saya dimalukan. Demi keadilan awam untuk diri saya dan keluarga saya berharap kebenaran akan terungkap di akhir perbicaraan,” katanya dalam nada sebak.

Tan berkata demikian apabila peguam Datuk Ansari Abdullah bertanya sama ada beliau mempunyai apa-apa lagi untuk ditambah selepas pihak pendakwaan mencadangkan bahawa beliau tidak jujur dalam keterangan terdahulu.

Dalam pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya Zander Lim, Tan turut memberi keterangan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang masalah peribadi dengan Jurutera Air Bahagian Kota Kinabalu Teo Chee Kong semasa tempoh perkhidmatannya sebagai menteri.

Beliau menafikan bahawa Teo mempunyai niat khusus untuk mengaitkannya dalam kes tersebut walaupun Teo telah membuat tuduhan bahawa beliau menyerahkan RM500,000 secara tunai kepadanya di pejabat.

Tan menegaskan beliau telah menjelaskan perkara itu dalam keterangan utama dan tidak perlu mengulanginya.

Beliau turut menjelaskan kepada mahkamah bahawa pada ketika itu kelulusan projek air berada di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan dan Teo tidak mempunyai kuasa untuk menubuhkan jawatankuasa sendiri bagi memilih kontraktor serta meluluskan projek air.

Menurut Tan naratif yang dibentangkan oleh Teo mengenai skim pemberian projek adalah tidak benar malah dokumen palsu telah digunakan bagi membolehkan kontraktor mencuri wang daripada Perbendaharaan.

Dalam prosiding tersebut Tan mengakui wujud satu mesyuarat antara dirinya, Teo Chee Kong dan Lim Lam Beng pada tahun 2005 namun menegaskan ia merupakan mesyuarat rasmi berkaitan urusan kerja JANS.

Apabila ditanya mengapa beliau tidak membuat laporan polis selepas membaca tuduhan terhadap dirinya, Tan menjelaskan bahawa ketika itu perbicaraan sedang berlangsung dan tuduhan dibuat secara terbuka di mahkamah.

Beliau juga menegaskan beliau tidak mengambil tindakan undang-undang secara terbuka kerana bimbang melanggar peraturan sub judice yang boleh menyebabkan beliau didakwa menghina mahkamah.

Terdahulu berlaku pertikaman lidah antara Tan dan salah seorang anggota pasukan pendakwaan apabila beliau enggan menjawab soalan dalam bentuk “setuju atau tidak setuju” secara langsung sebaliknya memilih untuk memberi penjelasan.

Tan mengulangi bahawa beliau amat terkesan secara peribadi dengan tuduhan tersebut dan menunggu keputusan mahkamah bagi membersihkan namanya.

Perbicaraan bersambung.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here