Thu, 26 Mar 2026
Headlines:
Subsidi RM350 setiap tan beras putih import ke Sabah
Published on: Wednesday, February 25, 2026
Published on: Wed, Feb 25, 2026
By: Esther Glorie Leow
Text Size:
Text:
Subsidi RM350 setiap tan beras putih import ke Sabah
Menurut Chan, subsidi tersebut menyebabkan harga purata beras putih import di Sabah berada sekitar RM2.40-2.50 sekilogram, iaitu lebih rendah berbanding di Semenanjung.
Kota Kinabalu: Kerajaan Persekutuan menyediakan subsidi kira-kira RM350 bagi setiap tan metrik Beras Putih Import (BPI) yang dibekalkan ke Sabah, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Chan Foong Hin.

Beliau berkata demikian di Dewan Negara, pada Selasa, sebagai menjawab pertanyaan Senator Datuk Edward Linggu Bukut mengenai bekalan beras putih di Sabah.

Advertisement
Menurut Chan, subsidi tersebut menyebabkan harga purata beras putih import di Sabah berada sekitar RM2.40-2.50 sekilogram, iaitu lebih rendah berbanding di Semenanjung.

“Pada masa sama, usaha turut dipergiat bagi meningkatkan pengeluaran padi tempatan di Sabah,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Beliau menambah Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kota Belud, sebuah agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), terus memperkukuh peranan strategiknya dalam menyumbang kepada kadar sara diri (SSR) beras negeri menerusi Program Sawah Berskala Besar Smart (Smart SBB).

Katanya, pada 2024, pengeluaran padi di Kota Belud mencapai 37,182 tan metrik setahun dengan purata hasil sebanyak 4.2 tan metrik sehektar.

Advertisement
Menurut beliau, pencapaian itu menunjukkan peningkatan sebanyak 45 peratus berbanding 2019, yang merekodkan pengeluaran 25,597 tan metrik setahun dengan purata hasil 2.9 tan metrik sehektar.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here