Advertisement
SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Ahli politik itu menulis kepada kami pada April lalu untuk menyediakan Bill of Quantity bagi melaksanakan projek segera ini.
Advertisement
Advertisement
Bagaimanapun cubaan itu gagal dan suspek melarikan diri tanpa kejadian lanjut. Keseluruhan perbuatan itu dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) milik jiran.
Apabila membuat laporan polis Shigmas turut memohon agar rondaan di Jalan Rumah Pangsa 1 dipertingkatkan bagi menghalang kejadian pencerobohan berulang.
Seorang lagi penduduk Tanjung Aru Lovie turut berkongsi kebimbangan sama apabila rumahnya dipecah masuk sebulan lebih awal.
“Pencuri melarikan sebuah komputer riba, telefon bimbit, beg sandang, tabung syiling, gelang kristal dan beberapa barangan kemas emas yang merupakan hadiah perkahwinan saya,” katanya.
Menurutnya penjenayah masuk melalui tingkap dapur pada awal pagi ketika beliau dan keluarga sedang tidur. Mujur tiada sesiapa cedera.
Lovie percaya kegelapan hampir menyelubungi sepenuhnya jalan perumahan itu telah memberi ruang kepada pihak tidak bertanggungjawab melakukan jenayah.
“Rumah saya bukan satu-satunya yang menjadi sasaran. Beberapa jiran lain juga mengalami kejadian pecah rumah,” tambahnya.
Bagi kawasan Damai pula jurucakap berkenaan berkata kontraktor elektrik telah dimaklumkan mengenai kerosakan lampu jalan di kawasan perumahan terbabit.
Kerja-kerja pembaikan dilakukan tidak lama kemudian apabila pekerja kontraktor menukar tiub lampu 100 watt, ballast 100 watt, pencucuh (ignitor) serta dua line-tap bagi lampu di Lorong Kenawai 4.
Mereka juga membaiki sambungan longgar yang menyebabkan lampu di Lorong Kenawai 4G tidak berfungsi dengan baik.
Lampu-lampu tersebut diuji pada petang hari yang sama bagi memastikan ia kembali beroperasi.
“Kontraktor turut memantau kawasan itu pada waktu malam selama seminggu selepas pembaikan dan mengesahkan semuanya berfungsi seperti biasa,” katanya.






