Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Punca kematian anak paus terdampar di Tanjung Aru disiasat
Published on: Tuesday, March 24, 2026
Published on: Tue, Mar 24, 2026
Text Size:
Text:
Punca kematian anak paus terdampar di Tanjung Aru disiasat
BANGKAI anak paus itu terdampar di pantai Tg Aru.
Kota Kinabalu: Pihak berkuasa memulakan analisis terperinci bagi menentukan punca kematian seekor anak paus yang ditemui terdampar di Beach 3, Tanjung Aru, selepas disahkan mati pada Sabtu.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Mohd Soffian Abu Bakar berkata sampel biologi yang diambil daripada bangkai haiwan itu telah dihantar ke Klinik Taman Hidupan Liar Lok Kawi untuk proses nekropsi.

Advertisement
“Sampel tersebut telah dihantar untuk analisis bagi mengenal pasti punca kematian sama ada disebabkan faktor semula jadi, terpisah daripada ibunya atau faktor berkaitan aktiviti manusia,” katanya.

Paus itu, yang dipercayai daripada spesies paus Bryde, mula dikesan di perairan cetek di Tanjung Aru pada 19 Mac sebelum dipandu kembali ke laut dalam oleh anggota penguat kuasa.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bagaimanapun, haiwan itu dilihat semula keesokan harinya berhampiran Marina Sutera Harbour, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap keadaannya sebelum ia terdampar semula dan mati.

“Ia mula-mula kali dikesan di perairan cetek dan berjaya dipandu kembali ke laut. Kemunculannya semula pada keesokan hari menunjukkan haiwan itu mungkin berada dalam keadaan lemah atau cedera,” kata Mohd Soffian.

Advertisement
Pasukan lapangan menjalankan operasi di lokasi antara jam 3.30 petang hingga 6 petang Sabtu, termasuk mengawal kawasan serta mengumpul data morfologi dan sampel biologi.

“Kami telah menyelesaikan operasi lapangan termasuk mengambil ukuran dan sampel, dan kawasan tersebut telah dikawal bagi memastikan keselamatan orang ramai,” katanya.

Advertisement
Kementerian berkaitan dijangka dimaklumkan sebaik sahaja laporan nekropsi dimuktamadkan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here