PAPAR: Banyak telah ditulis mengenai deretan kedai kayu lama yang masih bertahan dengan warisan sejarah masyarakat Cina yang kaya di pekan Kinarut.
Terletak kira-kira 20 kilometer dari ibu negeri, penduduk berbilang kaum di kawasan berkenaan dianggarkan sekitar 25,000 orang namun ramai generasi muda telah berhijrah ke tempat lain untuk bekerja.
Sekolah rendah Cina Kin Kiau bersama tadikanya turut berkembang menerusi pembinaan bangunan baharu dengan sokongan pemaju hartanah seperti WSG Group.
Beberapa keluarga baharu juga menetap di kawasan perumahan konkrit yang direka lebih moden sekali gus menarik kembali sebahagian generasi muda Kinarut untuk terus tinggal di kawasan berkenaan sekiranya mereka bekerja berhampiran ibu negeri.
Advertisement





