Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Beberapa jalan di Kota Kinabalu ditutup Isnin
Published on: Saturday, March 28, 2026
Published on: Sat, Mar 28, 2026
Text Size:
Text:
Beberapa jalan di Kota Kinabalu ditutup Isnin
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Supt Syed Lot Syed Ab Rahman
KOTA KINABALU: Beberapa jalan utama di sekitar ibu negeri akan ditutup untuk memberi laluan kepada Istiadat Perbarisan Sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Isnin depan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Supt Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, penutupan jalan berkenaan melibatkan Jalan Tun Fuad Stephen, Jalan Bandaran, Jalan Gaya dan Jalan Padang. 

Advertisement
“Lokasi utama Istiadat Perbarisan ini akan berlangsung di Padang Merdeka Kota Kinabalu dan beberapa jalan utama yang terlibat di sekitar kawasan tersebut akan ditutup. 

“Penutupan jalan dan tapisan kenderaan awam akan bermula seawal jam 5 pagi pada 30 Mac ini di Jalan Padang, Dewan, Simpang Bukit Bendera dan Bulatan Bunga Raya. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Selain itu, penutupan jalan dan lencongan akan dijalankan secara berperingkat bertujuan memastikan kelancaran perbarisan dan keselamatan semua pihak,” katanya ketika ditemui media selepas sesi temu bual radio bersama SabahFM di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi, pada Khamis. 

Menurut beliau, dianggarkan 70 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bertugas demi memastikan aliran trafik pada hari berkenaan berjalan lancar. 

Advertisement
“Kesesakan lalu lintas dijangka berlaku kerana acara ini berlangsung semasa cuti sekolah dan pihak PDRM bersiap sedia untuk memastikan kelancaran trafik,” tambahnya. 

Beliau juga menasihatkan orang ramai untuk merancang perjalanan lebih awal dan menggalakkan pengguna jalan raya menggunakan jalan alternatif, menaiki pengangkutan awam atau berkongsi kenderaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here