Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Tiga ditahan susulan rampasan dadah di Lahad Datu
Published on: Friday, December 05, 2025
Published on: Fri, Dec 05, 2025
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Tiga ditahan susulan rampasan dadah di Lahad Datu
ANTARA suspek yang ditahan polis kerana memiliki syabu.
LAHAD DATU: Polis menahan tiga lelaki dan merampas 69.47 gram syabu dalam dua operasi berasingan yang dijalankan pada Khamis.

Ketua Polis Daerah ACP Dzulbaharin Ismail berkata operasi pertama adalah serbuan dilakukan sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik yang menyerbu sebuah rumah pekerja di Felda Sahabat kira-kira jam 3.30 pagi.

Advertisement
Hasil serbuan itu pasukan berkenaan menahan seorang lelaki berusia 32 tahun yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan empat bungkusan mengandungi 6.55 gram syabu yang dianggarkan bernilai RM720.50.

“Pada hari yang sama pasukan sama turut menyerbu sebuah lagi rumah kira-kira jam 5 pagi dan menahan dua lelaki. 

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Pemeriksaan di lokasi menemui sebuah beg sandang yang mengandungi tiga bungkusan syabu.

“Rampasan seberat 62.92 gram itu dianggarkan bernilai RM6,921.20. Kedua-dua suspek didapati positif mengambil Amphetamine dan Methamphetamine,” katanya.

Advertisement
Menurut Dzulbaharin ketiga-tiga suspek kini direman bagi membantu siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here