PAPAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Manis, Datuk Pengiran Sarifuddin Pengiran Tahir Petra mengulangi gesaan agar pihak Taman-Taman Sabah (TTS) mempertimbangkan kebenaran kepada nelayan tradisi untuk berteduh di Pulau Tiga tanpa dikenakan sebarang tindakan.
Beliau berkata, perkara itu amat penting bagi menjamin keselamatan nelayan kecil, khususnya ketika berhadapan dengan laut bergelora akibat musim angin monsun.
Menurutnya, walaupun Pulau Tiga telah diwartakan sebagai kawasan perlindungan di bawah Taman-Taman Sabah, kelonggaran wajar diberikan dalam situasi kecemasan kerana kehadiran nelayan di kawasan itu bukan bertujuan untuk menangkap ikan.
“Perkara ini telah saya ajukan di Dewan Undangan Negeri (Dun) sebelum ini, malah menteri berkaitan (Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan) juga telah saya jumpa untuk penyelesaian masalah ini.
Advertisement





