Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Seleweng diesel: Dua lelaki ditahan di Semporna
Published on: Saturday, March 28, 2026
Published on: Sat, Mar 28, 2026
By: Ibrahim Tabir, Azmie Lim
Text Size:
Text:
Seleweng diesel: Dua lelaki ditahan di Semporna
KENDERAAN dengan gelen berisi diesel yang disita.
SEMPORNA: Dua lelaki, termasuk seorang pemegang pas IMM13, ditahan dalam operasi OP Tiris 4.0 pada Khamis selepas didapati terlibat mengisi bahan api diesel ke dalam bekas simpanan, selain tangki kenderaan.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Semporna menjalankan operasi itu dengan kerjasama Batalion 22 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kunak.

Advertisement
Ketua Cawangan KPDN Semporna, Satunlucy Lamioh @ Lamidah berkata, serbuan yang dijalankan sepasukan anggota PGA Kunak pada jam 4 petang itu hasil maklumat awal, menunjukkan modus operandi sindiket ini adalah menggunakan gelen-gelen sebagai bekas simpanan yang diletakkan di belakang kenderaan pikap jenis Isuzu Dmax untuk mengisi minyak diesel di beberapa stesen minyak di sekitar Semporna.

Suspek ditahan untuk siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122).

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan tersebut menemui minyak diesel dengan kuantiti keseluruhan berjumlah kira-kira 550 liter yang disimpan di dalam pelbagai gelen,” katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.

Isuzu Dmax tersebut dan 22 gelen mengandungi minyak diesel telah disita bagi tujuan siasatan lanjut. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM21,279.25. 

Advertisement
“Kertas siasatan telah dibuka dan siasatan lanjut ke atas kes ini sedang dijalankan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122] bagi mengenalpasti individu atau syarikat lain yang terlibat dalam aktiviti ini,” katanya.

KPDN memberi amaran keras kepada mana-mana individu atau syarikat yang terlibat agar sentiasa mematuhi perundangan yang telah ditetapkan. Mana-mana individu yang melakukan kesalahan boleh diambil tindakan di bawah Akta 122.

Advertisement
Bagi individu, denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak lebih tigatahun atau kedua-duanya. Bagi kesalahan kedua dan berikutnya, denda tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Bagi syarikat pula, denda tidak melebihi RM2 juta manakala bagi kesalahan kedua dan berikutnya, denda tidak melebihi RM5 juta.

“KPDN menegaskan bahawa pihak kementerian akan terus mempergiat pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan menyeleweng barang kawalan bersubsidi yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung aktiviti penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi boleh menyalurkan aduan kepada pihak Kementerian melalui saluran berikut: WhatsApp: 019-2794317 / 019-8488000, Portal e-Aduan KPDN: http://eaduan.kpdn.gov.my, Call Centre: 1-800-886-800, atau melalui Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here