Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Lelaki ditemui maut, disyaki ditetak abang
Published on: Friday, December 05, 2025
Published on: Fri, Dec 05, 2025
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Lelaki ditemui maut, disyaki ditetak abang
SANDAKAN: Seorang lelaki berumur 44 tahun ditangkap selepas adik lelakinya ditemui maut di rumah mereka di Bandar Karamunting, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah, ACP George Abd Rakman berkata mangsa berusia 43 tahun itu ditemukan berlumuran darah di dalam bilik tidurnya pada jam 5.30 petang selepas ibu mereka memaksa buka pintu bilik itu yang dihalang.

Advertisement
Hanya mangsa dan abangnya berada di rumah ketika kejadian dipercayai berlaku.

Bertindak atas laporan diterima, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Sandakan menahan suspek pada jam 8.45 malam hari sama.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Polis menemukan sepasang seluar berlumuran darah serta tiga bilah parang yang dipercayai digunakan dalam insiden tersebut, selepas suspek membawa anggota ke lokasi barangan berkenaan disembunyikan,” katanya dalam kenyataan, Khamis.

Pemeriksaan lanjut mendapati mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala, belakang telinga, perut serta tangan akibat senjata tajam.

Advertisement
Bedah siasat akan dijalankan bagi membantu siasatan lanjut, sementara motif kejadian masih belum dikenal pasti.

Menurut polis, jiran memaklumkan pernah mendengar bunyi orang mengerang pada pagi Jumaat lalu namun tidak menyangka ia berkaitan kes berkenaan.

Advertisement
Siasatan awal juga mendapati suspek tidak bekerja dan dipercayai mempunyai masalah mental.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here