Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Dua maut nahas berasingan di Sandakan, Papar
Published on: Saturday, March 28, 2026
Published on: Sat, Mar 28, 2026
By: Winnie Kasmir, Ahmad Apong
Text Size:
Text:
Dua maut nahas berasingan di Sandakan, Papar
SEORANG warga emas maut dalam nahas di Papar.
SANDAKAN: Seorang lelaki berusia 50 tahun maut selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang dipandunya terbabas dan masuk ke dalam longkang di hadapan Pejabat Bangunan Persekutuan Batu 7, di sini, tengah hari Jumaat. 

Chock Vui Heong disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan yang tiba di tempat kejadian. 

Advertisement
Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, PKPgB Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.56 tengah hari dan sebuah pasukan digerakkan ke lokasi kira-kira tujuh kilometer dari balai.

“Pasukan tiba di lokasi pada jam 1.05 petang dan mendapati kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Isuzu D-Max yang dipercayai terbabas sendiri sebelum terjunam ke dalam longkang.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
PASUKAN penyelamat mengeluarkan mangsa di Sandakan.“Terdapat seorang mangsa tersepit di dalam kenderaan berkenaan dan operasi menyelamat segera dijalankan menggunakan peralatan khas, termasuk peralatan hidraulik. 

“Mangsa berjaya dikeluarkan, namun disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan di lokasi kejadian sebelum mayat dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut,” katanya. 

Advertisement
Operasi ditamatkan pada jam 1.58 petang selepas pasukan memastikan tiada bahaya lain di kawasan tersebut.

Di PAPAR, seorang lelaki berusia 65 tahun maut dalam kemalangan melibatkan sebuah Proton Iswara yang terbabas sendiri ke dalam longkang di Jalan Kampung Langsat, Jalan Bukit Manggis, di sini, pada Jumaat.

Advertisement
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Papar Rozlan Osman berkata panggilan kecemasan diterima pada jam 5.21 petang dan enam anggota bersama jentera FRT serta sebuah kenderaan EMRS digegaskan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, pasukan mendapati tiga mangsa terlibat dalam kejadian itu. 

“Seorang lelaki berusia 65 tahun disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Dua lagi mangsa iaitu seorang wanita berusia 63 tahun dan seorang lelaki berusia 41 tahun ditemui selamat,” katanya, menambah mereka kemudian dihantar ke Hospital Papar untuk rawatan lanjut.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here