Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
‘GRS bekerjasama dengan BN, PH demi kestabilan Sabah’
Published on: Thursday, December 04, 2025
Published on: Thu, Dec 04, 2025
By: Hayati Dzulkifli
Text Size:
Text:
‘GRS bekerjasama dengan BN, PH demi kestabilan Sabah’
Kota Kinabalu: Timbalan Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Moyog, Datuk Aminah Ambrose (gambar), mempertahankan keputusan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk membentuk kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), menegaskan langkah itu perlu bagi memastikan kestabilan politik di negeri ini.

Beliau berkata masih ada penyokong yang mempertikai keperluan kerjasama berkenaan, namun menegaskan gabungan itu dibuat untuk mengelakkan ketidaktentuan politik dan “sebarang cubaan rampasan kuasa”, selain memastikan pentadbiran negeri terus berfungsi. 

Advertisement
“Dalam keadaan sekarang, kestabilan negeri jauh lebih penting daripada ego politik,” katanya.

Menurut Aminah, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor telah berdepan kritikan berterusan daripada pembangkang tetapi kekal tenang dalam membuat keputusan yang difikirkan penting untuk masa depan Sabah. 

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Kepimpinan bukan tentang memuaskan hati semua pihak, tetapi melakukan yang terbaik untuk negeri,” katanya pada Rabu.

Beliau mengulas kritikan netizen terhadap tindakan Hajiji memasukkan BN dalam kerangka GRS bagi membentuk kerajaan pada Isnin.

Advertisement
Sementara itu, Aminah turut menyifatkan pelantikan bekas Presiden Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) Datuk Roger Chin sebagai isyarat jelas pendirian GRS terhadap Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan komitmen mempertahankan hak Perlembagaan Sabah. 

Katanya, pemilihan dua Adun Dilantik berketurunan Cina, Datuk Chin Siew Yen dan Datuk Roger Chin Fong, serta seorang Adun Dilantik wanita Cina, Grace Lee, turut menunjukkan usaha kerajaan meningkatkan representasi inklusif.

Advertisement
“Ini mesej jelas bahawa setiap rakyat Sabah penting dan setiap komuniti diambil kira,” katanya sambil menggesa rakyat memberi ruang kepada kerajaan menunaikan janji serta menyeru perpaduan demi kemajuan negeri.

“Hanya dengan perpaduan kita boleh maju. Hanya dengan kestabilan kita boleh makmur. Demi keluarga dan komuniti kita,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here