Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd sumbang RM1 juta buat Safa, perkasa bola sepak negeri
Published on: Wednesday, April 01, 2026
Published on: Wed, Apr 01, 2026
By: Noor Zafira Zayn
Text Size:
Text:
Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd sumbang RM1 juta buat Safa, perkasa bola sepak negeri
JAPLIN (ketiga dari kiri) menyerahkan cek sumbangan CIS kepada Safa.
Kota Kinabalu: Komitmen sektor korporat dalam memajukan sukan negeri terus dizahirkan apabila Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd (CIS) tampil menyumbang sebanyak RM1 juta kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Sabah (Safa).

Sumbangan itu disampaikan dalam satu majlis ringkas di pejabat Safa, Kota Kinabalu oleh Pengerusi CIS, Datuk Japlin Akim kepada Pemangku Presiden Safa, Datuk Awang Kadin Tang.

Advertisement
Menurut Japlin, sumbangan itu adalah usaha jitu CIS dalam memartabatkan pembangunan sukan negeri, khasnya bola sepak.

“Kita ucapkan tahniah dan berharap agar Safa lebih cemerlang dengan kepimpinan Pemangku Presiden baharu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“CIS adalah sebuah GLC dan ini adalah antara usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) kami, dan hari ini, tepat pada masanya, ada perlawanan yang akan berlangsung tidak lama lagi.

“Kita faham kos yang diperlukan sangat besar dan Safa perlu memikirkannya untuk perlawanan, jadi CIS merasa terpanggil untuk bantu dan menyumbang,” katanya. 

Advertisement
Tambah Japlin, sumbangan kali ini merupakan dua kali ganda daripada nilai sumbangan tahun lalu.

“Tahun lalu kita sumbang setengah juta dan alhamdulillah, tahun ini kita ada rezeki lebih, kita tambah jadikan sejuta.

Advertisement
“Doakan supaya CIS mampu terus menjana pendapatan dengan jualan kita, dan semoga tahun hadapan kita dapat menyumbang lebih banyak lagi, mudah-mudahan,” katanya lagi.

Hadir sama semasa majlis itu ialah Setiausaha Agung Safa Shamsuddin Mohd Shah.

Sementara itu, Awang Kadin turut merakamkan penghargaan atas sumbangan tersebut yang disifatkan sebagai suntikan moral dan kewangan dalam usaha memperkasa arena bola sepak Sabah.

“Sumbangan ini juga mencerminkan komitmen tinggi CIS dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR), khususnya dalam bidang pembangunan komuniti, pendidikan dan sukan di negeri ini.

“Terima kasih kita ucapkan kepada CIS,” ujarnya lagi.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here