Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Pemilik tanah, agensi kerajaan berdepan denda tanah terbiar dipenuhi semak
Published on: Wednesday, December 03, 2025
Published on: Wed, Dec 03, 2025
By: Sidney Skinner
Text Size:
Text:
Pemilik tanah, agensi kerajaan berdepan denda tanah terbiar dipenuhi semak
SEORANG kakitangan landskap menunjukan pokok-pokok yang terlalu panjang di sekitar tanah di Batu Tiga Setengah, Jalan Tuaran.
SEORANG pemilik tanah di Luyang dan sebuah badan kerajaan berdepan risiko didenda sehingga RM1,000 kerana membiarkan tumbuhan liar di hartanah masing-masing menjadi punca ketidakselesaan kepada orang awam.

Jurucakap Jabatan Landskap Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berkata jumlah itu merupakan denda maksimum yang boleh dikenakan di bawah Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 (Pindaan 2000) sekiranya mereka didapati bersalah di mahkamah.

Advertisement
“Sebagai alternatif bagi kes melibatkan pemilik tanah majistret boleh mengarahkan hukuman penjara sehingga enam bulan kerana gagal menyelenggara kawasan hijau di tanah yang tidak dibangunkan.

“Dalam kes paling buruk pesalah boleh dikenakan kedua-dua hukuman denda dan penjara,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
KAWASAN belakang lot dengan bangunan kosong yang telah dipenuhi semak-samun.Beliau berkata demikian ketika mengulas maklum balas orang awam mengenai kawasan semak-samun yang tumbuh di belakang sebuah bangunan kosong di Lorong Pokok Tepus serta dahan-dahan pokok yang melimpah di pinggir tanah terbiar di Batu Tiga Setengah, Jalan Tuaran.

Menurutnya penduduk berhampiran kawasan Lorong Pokok Tepus menyuarakan kebimbangan terhadap potensi risiko kesihatan dan kebakaran berpunca daripada pokok-pokok dan rumput liar yang tumbuh subur di kawasan berkenaan.

Advertisement
“Kebanyakan pokok tidak lagi tegak dan mula condong ke arah rumah penduduk berhampiran. Malah sebahagian dahan pokok didapati telah menjulur masuk ke kawasan halaman rumah jiran,” jelasnya.

Selain itu beberapa pemilik rumah turut bimbang kemungkinan haiwan berbisa menjadikan kawasan semak itu sebagai habitat mereka.

Advertisement
“Kami dimaklumkan bangunan tersebut sebelum ini digunakan sebagai tadika, namun telah berpindah ke lokasi lain,” katanya.

Bagi kes di Batu Tiga Setengah, Jalan Tuaran pula beliau berkata seorang pemandu dari kawasan Likas mengadu bahawa dahan pokok yang melimpah di sekitar tanah tidak dibangunkan itu membahayakan pengguna jalan raya.

“Dahan pokok tersebut menghalang pandangan pemandu dan menyukarkan mereka untuk membelok khususnya berhampiran selekoh di simpang menuju ke kondominium Maya dan gereja Methodist di kawasan itu,” ujarnya.

Notis amaran dilekatkan di pintu pagar hadapan bangunan  kosong di Lorong Pokok Tepus.Beliau berkata kakitangan Unit Kacau Ganggu DBKK mengesahkan aduan daripada orang awam itu adalah berasas.

“Dua pemeriksaan telah dijalankan ke atas lot yang mempunyai bangunan kosong di Lorong Pokok Tepus dalam tempoh 12 hari. 

“Pada hari pemeriksaan kedua kakitangan unit turut membuat pemeriksaan di Batu Tiga Setengah, Jalan Tuaran,” katanya.

Hasil siasatan mendapati tanah terbiar di kawasan Likas itu adalah milik sebuah badan kerajaan.

“Tanah tersebut pada asalnya dirancang sebagai kawasan permainan atau rekreasi namun tidak diselenggara sejak sekian lama. Badan terbabit telah diingatkan supaya memangkas pokok dan membersihkan rumput secara berkala dengan notis rasmi diserahkan kepada kakitangannya,” katanya.

Satu notis serupa turut dilekatkan di pintu pagar hadapan bangunan kosong di Lorong Pokok Tepus.

“Kedua-dua pihak telah diberi peluang untuk mematuhi arahan kami. Tindakan lanjut akan diambil sekiranya mereka gagal berbuat demikian,” ujarnya.

Beliau tidak menolak kemungkinan kes ini akan dirujuk kepada Jabatan Perundangan DBKK untuk tindakan mahkamah terhadap pesalah.

“Kami kini bekerjasama dengan jabatan berkaitan untuk memulakan prosiding mahkamah terhadap pemilik tanah yang cuai,” tegasnya.

Menurutnya satu notis amaran terakhir yang ditandatangani mayor akan dikeluarkan kepada pemilik-pemilik tanah terbabit.

“Mereka akan dimaklumkan bahawa tanah mereka yang tidak diselenggara bukan sahaja mencacatkan pemandangan malah menjadi punca gangguan kepada orang awam akibat kehadiran perosak termasuk nyamuk yang berpotensi membiak di kawasan itu.

“Tempoh tujuh hari akan diberikan untuk mereka menghapuskan gangguan tersebut. Jika gagal, tindakan undang-undang tidak dapat dielakkan,” katanya.

Beliau turut menggesa pemilik tanah kosong supaya menyelenggara hartanah mereka sekurang-kurangnya sebulan sekali agar tidak menjadi punca kacau ganggu kepada orang awam.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here