Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Dua syarikat, seorang pemilik didakwa kesalahan curi elektrik
Published on: Tuesday, March 17, 2026
Published on: Tue, Mar 17, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Dua syarikat, seorang pemilik didakwa kesalahan curi elektrik
Kes tersebut didakwa di bawah Subseksyen 61(3)(e) Enakmen Bekalan Elektrik 2024 dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 61(3)(ii) enakmen sama yang memperuntukkan denda antara RM20,000 hingga RM1 juta atau penjara sehingga lima tahun jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Dua syarikat dan seorang pemilik syarikat didakwa di mahkamah atas kesalahan di bawah Enakmen Bekalan Elektrik dalam prosiding berasingan di Mahkamah Sesyen.

Kemas Handal Sdn Bhd CCV Retail Sdn Bhd melalui pengarah masing-masing serta seorang individu, Mahadi Santa mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atas mereka.

Advertisement
Bagi pertuduhan pertama Kemas Handal Sdn Bhd didakwa dengan niat menipu menghalang meter milik Sabah Electricity (SE) daripada merekodkan penggunaan elektrik dengan betul dengan memutuskan litar arus fasa biru pada meter menyebabkan SE mengalami kerugian akibat caj yang kurang.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada jam 12.50 tengah hari, 30 Julai 2025 di Jalan Kampung Air 1, Rumah Kedai Kampung Air.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kes tersebut didakwa di bawah Subseksyen 61(3)(e) Enakmen Bekalan Elektrik 2024 dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 61(3)(ii) enakmen sama yang memperuntukkan denda antara RM20,000 hingga RM1 juta atau penjara sehingga lima tahun jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua syarikat itu turut didakwa merosakkan meter milik SE dengan memutuskan litar fasa biru sehingga meter gagal merekodkan penggunaan elektrik di tempat dan masa yang sama.

Advertisement
Kesalahan itu di bawah Subseksyen 61(9) Enakmen Bekalan Elektrik 2024 yang memperuntukkan denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain menetapkan 14 April tahun ini untuk pengurusan kes praperbicaraan (PTCM) dan membenarkan pengarah syarikat diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin tempatan.

Advertisement
Sementara itu CCV Retail Sdn Bhd didakwa menghalang meter daripada merekodkan penggunaan elektrik dengan betul dengan membalut sambungan voltan fasa merah menggunakan pita pelekat lutsinar menyebabkan SE mengalami kerugian akibat caj yang kurang.

Kesalahan itu didakwa berlaku pada jam 9.07 pagi, 30 Julai 2025 di premis Pick N Pay Express, Jalan Tugu, Kampung Air.

Hakim Mahkamah Sesyen Monica Linsua menetapkan 10 April tahun ini untuk PTCM dan membenarkan pengarah syarikat diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin tempatan.

Bagi Mahadi dalam pertuduhan pertama dia didakwa secara curang mengambil bekalan elektrik melalui sambungan pintasan terus dari Busbar Isolator Switch Box tanpa melalui meter milik SE ke premis perniagaannya melalui papan agihan ke tingkat atas untuk pejabat dan bilik sewa serta ke papan agihan di tingkat bawah bagi membekalkan elektrik kepada beberapa mesin layan diri, sehingga menyebabkan SE mengalami kerugian.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada jam 3 petang, 30 Julai 2025 di Heritage Trade and Services, Lorong Plaza Utama 1, Alamesra Plaza Utama, Lebuhraya Pantai Sulaman.

Bagi pertuduhan kedua Mahadi didakwa memasang pendawaian elektrik tambahan pada sistem pendawaian sedia ada di premis tersebut tanpa kelulusan bertulis daripada SE di tempat dan masa yang sama.

Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan menetapkan 23 April untuk PTCM dan membenarkan Mahadi diikat jamin RM10,000 dengan deposit RM1,000 serta dua penjamin tempatan bagi setiap pertuduhan.

Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Tenaga Sabah, Andryero Thomas hadir bagi pihak pendakwaan. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here