Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Sambutan Aidilfitri Kerajaan Negeri Sabtu ini
Published on: Wednesday, March 25, 2026
Published on: Wed, Mar 25, 2026
Text Size:
Text:
Sambutan Aidilfitri Kerajaan Negeri Sabtu ini
BEAUFORT: Orang ramai dijemput hadir ke Sambutan Aidilfitri Kerajaan Negeri Sabah yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Sabtu (28 Mac) ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif (gambar) berkata, sambutan itu dijangka menarik kehadiran kira-kira 20,000 pengunjung.

Advertisement
“Seperti tahun-tahun sebelumnya, pada tahun ini Kerajaan Negeri akan mengadakan sambutan Aidilfitri bermula jam 10 pagi. 

“Selain jamuan makan, pengisian majlis antaranya adalah penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim dan rumah kebajikan serta persembahan daripada artis-artis tempatan Sabah. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Sambutan ini adalah sebagai platform mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama di negeri ini. 

“Oleh itu, kita mengalu-alukan masyarakat tanpa mengira latar belakang agama atau politik untuk bersama-sama hadir memeriahkan majlis ini,” katanya.

Advertisement
Beliau ditemui media selepas Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman di Kg Bingkul, pada Isnin.

Menurutnya, sambutan tersebut juga merupakan manifestasi kesyukuran atas keamanan dan keharmonian negeri Sabah serta permulaan agenda pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0. 

Advertisement
Majlis berkenaan akan turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor serta pemimpin-pemimpin negeri. 

Dalam pada itu, sebanyak 71 vendor dan 15 hotel akan terlibat dalam penyediaan jamuan bagi memastikan kepelbagaian makanan kepada pengunjung. 

Menurut Arifin, penyertaan vendor dan pengusaha kecil itu turut membuka peluang ekonomi kepada usahawan tempatan di samping memastikan aspek keselamatan makanan dipatuhi. 

Sementara itu, beliau turut menekankan konsep kesederhanaan dalam sambutan Aidilfitri selaras dengan saranan kerajaan Persekutuan agar masyarakat tidak berbelanja secara berlebihan. 

“Kita sambut secara sederhana, makan dan minum tetapi jangan berlebihan, sebaliknya kita utamakan kesyukuran dan membantu golongan memerlukan,” tambahnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here