Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Sebak terima skrol ijazah anumerta anak
Published on: Tuesday, December 02, 2025
Published on: Tue, Dec 02, 2025
Text Size:
Text:
Sebak terima skrol ijazah anumerta anak
IBU bapa Allahyarhamah Farah Hasanah menerima skrol ijazah daripada Pro Canselor UMS, Tan Sri Azman Hashim.
Kota Kinabalu: Suasana hiba menyelubungi Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) apabila sepasang ibu bapa naik ke pentas menerima skrol ijazah anumerta bagi pihak

Allahyarhamah Farah Hasanah Abdul Jaid @ Abdul Kaid sebagai penghormatan terakhir universiti terhadap pelajarnya itu.

Advertisement
Allahyarhamah Farah Hasanah, 23, berasal dari Lahad Datu disahkan meninggal dunia pada 24 Julai tahun lalu akibat kegagalan buah pinggang sekali gus menamatkan perjalanan akademik serta cita-cita besarnya dalam bidang teknologi.

Allahyarhamah yang dikenali sebagai peramah dan disenangi rakan-rakan mula menunjukan tanda kemerosotan kesihatan sekitar 2023.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Ayahnya Abdul Jaid @ Abdul Kaid, 58, berkata Farah merupakan seorang yang ceria seperti adik-beradiknya yang lain namun berjauhan dari keluarga setelah melanjutkan pengajian ke UMS.

“Dia buat dialisis peritoneal sendiri di rumah tetapi tidak sampai sebulan keadaan dia berubah begitu cepat,” katanya ketika ditemui semasa Majlis Konvokesyen UMS ke-27 pada Ahad.

Advertisement
Ibunya Kamalahan Musli, 52, turut berkongsi keadaan tersebut dan berkata keadaan kesihatan anaknya semakin merosot selepas memasuki tahun ketiga pengajian.

“Tahun satu dan dua dia masih kuat tapi bila masuk tahun tiga kesihatannya makin merosot. Ubatnya pun tidak sempat habis,” katanya sebak.

Advertisement
Farah sangat rapat dengan kakaknya Farah Hazimah yang kini mengikuti pengajian peringkat Sarjana di UMS.

Allahyarhamah meminati bidang Sains Data dan pernah menyatakan hasrat untuk membangunkan satelit Malaysia, impian yang sering dikongsikannya bersama keluarga.

Keluarga itu juga pernah kehilangan anak sulung dalam kemalangan pada 2020 namun Farah sentiasa mengingatkan ibu bapanya supaya tabah menghadapi ujian.

Menurut ibunya lagi allahyarhamah tidak pernah lupa mendoakan kesihatan kedua-dua orang tuanya sepanjang hayatnya.

Di kampus Farah dikenang sebagai pelajar aktif persatuan dan tetap mengutamakan komitmen akademik.

Pemergiannya memberikan kesan mendalam kepada keluarga, rakan-rakan serta pensyarah yang mengenalinya sebagai pelajar berdedikasi dan berjiwa besar.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here