Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Polis Sabah belum terima maklumat rasmi pembebasan Peter Anthony
Published on: Thursday, March 26, 2026
Published on: Thu, Mar 26, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
Polis Sabah belum terima maklumat rasmi pembebasan Peter Anthony
Jauteh dan Peter.
Kota Kinabalu: Polis Sabah belum menerima sebarang maklumat rasmi berhubung dakwaan pembebasan Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Datuk Peter Anthony melalui parol.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata perkara berkaitan parol berada di bawah bidang kuasa Jabatan Penjara dan bukan polis.

Advertisement
“Kami tidak terima apa-apa maklumat lagi yang secara rasmi daripada mana-mana pihak. Tiada komen. Sebab tiada notis rasmi kami terima,” katanya pada Majlis Perasmian Galeri Polis Negeri Sabah di sini, Rabu.

Beliau ketika mengulas sama ada individu berkenaan perlu melapor diri kepada polis berkata pihaknya perlu mendapatkan komen daripada Pengarah Penjara.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Terdahulu, bekas Menteri Infrastruktur Sabah yang sedang menjalani hukuman penjara tiga tahun di Penjara Kajang atas sabitan memalsukan dokumen berkaitan kontrak penyelenggaraan dan perkhidmatan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu dilaporkan dibebaskan secara parol dua minggu lepas.

Pada 26 Mei 2022, Peter dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda RM50,000 selepas Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mendapati beliau bersalah memalsukan surat daripada pejabat Timbalan Naib Canselor UMS dengan memasukkan kenyataan palsu dengan niat untuk memperdaya.

Advertisement
Pada 4 Mac 2025, Mahkamah Rayuan menolak rayuan terhadap sabitan serta hukuman, dan memerintahkan Peter menjalani hukuman penjara itu bermula pada hari sama.

Peter kekal menjalani hukuman penjara tiga tahun selepas Mahkamah Rayuan menolak permohonan semakan terhadap sabitan dan hukuman pada 20 Ogos 2025.

Advertisement
Beliau pernah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap pada Pilihan Raya Umum 2018 dan 2020 di bawah Parti Warisan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here