Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Ibu, anak maut nahas di Sandakan
Published on: Tuesday, March 24, 2026
Published on: Tue, Mar 24, 2026
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Ibu, anak maut nahas di Sandakan
KEMALANGAN yang meragut nyawa seorang wanita dan anaknya.
SANDAKAN: Seorang wanita berusia 28 tahun dan anak perempuannya berusia tujuh tahun maut dalam kemalangan jalan raya di Batu 23, Jalan Labuk, awal pagi Sabtu.

Kejadian kira-kira jam 4 pagi itu melibatkan sebuah motosikal dan sebuah Proton Wira.

Advertisement
Motosikal yang dinaiki tiga sekeluarga itu sedang dalam perjalanan dari bandar Sandakan menuju ke Beluran, manakala kereta itu datang dari arah bertentangan dari Bukit Garam menuju ke pusat bandar.

Siasatan awal polis mendapati motosikal berkenaan cuba memotong kenderaan lain dengan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung secara berhadapan dengan Proton Wira dari arah bertentangan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kanak-kanak perempuan yang merupakan pembonceng motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala wanita tersebut meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Duchess of Kent.

Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Unit Forensik hospital berkenaan untuk bedah siasat.

Advertisement
Penunggang motosikal dan pemandu kereta mengalami kecederaan dan kini menerima rawatan di hospital yang sama.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Advertisement
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP George Abd Rakman, menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan lalu lintas bagi mengelakkan kejadian tragis seperti ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here