Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Labuan IBFC digesa  kerjasama global lebih kukuh
Published on: Tuesday, December 02, 2025
Published on: Tue, Dec 02, 2025
By: Iffah Dilaney
Text Size:
Text:
Labuan IBFC digesa  kerjasama global lebih kukuh
LABUAN: Timbalan Menteri Kewangan II Lim Hui Ying menggesa Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) memperkukuhkan lagi relevan globalnya menerusi kerjasama lebih mendalam, keterhubungan yang dipertingkat serta pertumbuhan yang saling melengkapi.

Berucap pada Majlis Makan Malam Industri Labuan Lim memuji evolusi Labuan IBFC daripada sebuah hab luar pesisir yang kecil kepada sebuah pusat kewangan antarabangsa yang dihormati.

Advertisement
Beliau berkata pusat itu kini menempatkan hampir 800 institusi berlesen dan lebih 5,000 syarikat dari 124 negara sekali gus menggambarkan jejak globalnya yang semakin meluas.

Lim turut menyorot beberapa pencapaian perintis yang membezakan Labuan termasuk penyatuan undang-undang kewangan utama di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010, pembangunan struktur inovatif seperti Syarikat Sel Terlindung Labuan (Labuan Protected Cell Companies) dan Yayasan Waqaf Antarabangsa Labuan serta kemajuan besar di bawah Pusat Aset Digital Islamik yang memperkenalkan token sekuriti digital patuh Syariah RAMZ, penokonan aset digital Islamik, Pelan Induk Hab Blockchain patuh Syariah dan sukuk iklim.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Lim menyifatkan pencapaian ini sebagai bukti keupayaan Labuan IBFC untuk menyesuaikan diri, berinovasi dan kekal mendahului trend pasaran antarabangsa — kualiti yang penting bagi mengekalkan daya saing dalam ekosistem kewangan yang pesat berubah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here