Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Karate: Labuan cemerlang rangkul dua emas di Jepun
Published on: Wednesday, April 01, 2026
Published on: Wed, Apr 01, 2026
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
Karate: Labuan cemerlang rangkul dua emas di Jepun
PASUKAN Karate Labuan.
LABUAN: Pasukan karate Labuan membawa pulang dua emas, dua perak dan empat gangsa dari Kejohanan Universal Shotokan Karate Union (Usku) ke-24 di Takanabe, Jepun pada 27 hingga 29 Mac.

Presiden Persatuan Karate Labuan, Renshi Aswadee Taba berkata pingat emas pertama diraih menerusi acara kata berpasukan senior yang dibarisi Syarulniza Abdul Jamil bersama Nur Aleesya Dayana Asmadie dan Nur Ariesya Dayana Asmadie. 

Advertisement
“Emas kedua menyusul dalam acara kumite berpasukan senior menerusi Martina Anne Jipaun, Hazimah Jamil dan Syarulniza Abdul Jamil,” katanya.

Syarulniza sekali lagi mencuri tumpuan dalam kategori individu apabila memperolehi satu perak dalam acara kumite senior serta satu gangsa dalam kata senior, sekali gus membuktikan konsistensi di peringkat antarabangsa.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dalam kategori remaja, Nur Aleesya Dayana menyumbang satu perak bagi kata individu 15 tahun dan satu gangsa bagi kumite individu 15 tahun, manakala Nur Ariesya Dayana meraih satu gangsa dalam acara kata individu 15 tahun.

Renshi Aswadee menambah satu lagi gangsa disumbangkan oleh Mohamad Aqib Aimar Mohamad Affendi dalam kategori kata individu 10 tahun, melengkapkan pencapaian keseluruhan pasukan.

Advertisement
Renshi Aswadee mengiringi pasukan bersama wakil ibu bapa Raini Madin serta pengurus pasukan Mohamad Affendi Abas.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here