Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Laporan polis dibuat terhadap kewujudan kumpulan Circle 19
Published on: Tuesday, December 02, 2025
Published on: Tue, Dec 02, 2025
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Laporan polis dibuat terhadap kewujudan kumpulan Circle 19
RAM menunjukan laporan polis yang telah dibuatnya di Balai Polis Luyang.
Kota Kinabalu: Satu laporan polis telah dibuat berhubung kewujudan kumpulan Circle 19 di SMKA Tun Datu Mustapha yang dipercayai mungkin menyumbang kepada kejadian melibatkan Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Peguam Datuk Ram Singh membuat laporan tersebut pada jam 1.30 petang Isnin di Balai Polis Luyang selepas saksi ke-54, Nurul Syahadah Ibrahim memberi keterangan bahawa beliau tidak pasti sama ada perlu membuat laporan polis mengenai kewujudan kumpulan berkenaan.

Advertisement
Ram turut bertanya kepada Nurul sama ada beliau akan kembali ke sekolah untuk membubarkan kumpulan itu namun beliau sekali lagi menyatakan tidak pasti.

Apabila disoal oleh Ram sama ada ahli-ahli kumpulan tersebut patut ditahan polis Nurul menjawab bahawa beliau tidak pasti.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Ram: Bolehkah kamu membuat laporan polis? Kamu perlu menyelamatkan nyawa seseorang. Bolehkah kamu membuat laporan polis?

Nurul: Saya tidak pasti.

Advertisement
Ram: Tidak mengapa saya akan buat laporan polis kerana kamu tidak pasti.

Ram: Adakah kamu membuat sebarang komitmen untuk menghentikan Circle 19?

Advertisement
Nurul: Ya saya ada.

Ram: Tetapi kumpulan ini masih wujud?

Nurul: Saya tidak pasti.

Ram: Jadi unit disiplin tidak berdaya?

Nurul: Saya tidak pasti.

Dalam laporan polisnya Ram meminta pihak polis mengambil tindakan dan menjalankan siasatan lanjut terhadap kumpulan Circle 19 dengan menyatakan bahawa kumpulan tersebut mungkin menjadi punca kepada perbuatan buli atau berkaitan dengan insiden melibatkan Zara.

Beliau juga memaklumkan bahawa beliau mahu pihak sekolah membubarkan kumpulan itu kerana ia masih wujud.

Semasa prosiding berlangsung Nurul memberi keterangan bahawa beliau tidak pasti sama ada terdapat kemungkinan kumpulan Circle 19 itu didakwa telah membuli Zara.

Beliau berkata beliau tidak membenarkan sebarang kumpulan atau pakatan (berpuak-puak) wujud di sekolah dan memahami Circle 19 sebagai sekumpulan rakan rapat yang menjalankan rutin yang sama bersama-sama.

Menurutnya beliau hanya mengetahui kewujudan kumpulan itu pada bulan Ogos, namun tidak pasti bagaimana beliau mengetahui tentangnya.

Beliau turut bersetuju bahawa ahli-ahli Circle 19 sering menggunakan bahasa kesat.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here