Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Polis tahan empat individu terbabit dadah
Published on: Friday, March 20, 2026
Published on: Fri, Mar 20, 2026
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Polis tahan empat individu terbabit dadah
LELAKI warga Indonesia ditahan di Kampung Segama Batu 8.
LAHAD DATU: Polis menahan empat lelaki dalam beberapa operasi berasingan pada Selasa.

Ketua Polis Daerah ACP Dzulbaharin Ismail berkata dua lelaki tempatan ditahan di sebuah pondok di Kampung Simpang Berkat kira-kira jam 11.30 pagi.

Advertisement
“Pemeriksaan lanjut menemukan tujuh paket plastik lutsinar berisi syabu seberat 5.28 gram serta enam kerajang aluminium di dalam sebuah bekas kecil dalam beg suspek.

“Ujian air kencing terhadap kedua-dua suspek berusia 38 dan 42 tahun itu mendapati mereka positif dadah,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sementara itu dalam operasi berasingan di Kampung Segama Batu 8, seorang lelaki warga Indonesia berusia 43 tahun turut ditahan selepas polis menemui satu paket plastik berisi dadah dalam miliknya. 

“Suspek juga didapati positif dadah.

Advertisement
“Seorang lagi lelaki tempatan ditahan di Pejabat Siasatan Jenayah Narkotik Lahad Datu pada hari sama selepas ujian air kencingnya positif amphetamine dan methamphetamine,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Advertisement
Dalam pada itu di SEMPORNA, polis menahan seorang lelaki tanpa dokumen dan merampas dadah dianggarkan bernilai RM550 dalam operasi di Kampung Panji pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Supt Tan Hiap Wah berkata suspek berusia 34 tahun ditahan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri manakala polis merampas 5.02 gram dadah. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau berkata polis akan terus mempergiat operasi bagi membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di daerah itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here