Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Samas beri 13 emas untuk skuad negara
Published on: Monday, December 01, 2025
Published on: Mon, Dec 01, 2025
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Samas beri 13 emas untuk  skuad negara
AHLI pasukan Samas.
Kota Kinabalu: Persatuan Olahraga Masters Sabah (Samas) menyumbang 13 pingat emas, tiga perak dan tiga gangsa kepada skuad Negara pada Kejohanan Olahraga Masters Asia Ke-23 yang berlangsung di Chennai, Tamil Nadu, India baru-baru ini.

Malaysia menamatkan saingan di tempat ketujuh dalam kalangan 21 negara dengan kutipan 15 emas, lima perak dan tiga gangsa.

Advertisement
Juliana Gumpil yang beraksi dalam kategori 60-64 wanita paling menyerlah dengan memenangi empat emas individu dalam acara 100m, 80m lari berpagar, lompat jauh dan lompat bergalah dengan rekod baharu kejohanan selain memenangi emas berpasukan dalam acara 4x100m (55-59) bersama Raineh Sawan, Jomyta Elon, Erine Sinuel dan 4x400m bersama Theresa Sidau, Margaret Petrus@Ain dan Erine Sinuel.
dan Elon. Margaret Petrus @ Ain dan Erine Sinuel.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Erine juga mencatatkan prestasi cemerlang dengan meraih empat emas dalam acara 100m, 200m, 80m lari berpagar & 300m lari berpagar dalam kategori 55-59 wanita.

Pingat emas lain yang disumbangkan Samas diperoleh menerusi Lee Ngit Yung (75-79) dalam acara lompat tinggi, Tarmizi Sandhu (70-74) dalam lompat bergalah dan Yusop Tangkob (55-59) dalam acara 10km.

Advertisement
Pemenang pingat perak ialah Lee Ngi Yung (rejam tukul besi), Tarmizi Sandhu (lontar lembing) dan Mohd Solehen Mohd Noor (lompat tinggi) manakala pingat gangsa dimenangi oleh Tarmizi Sandhu (lempar cakera) ,Yusop Tangkob (5,000m) dan Margaret Petrus @Ain (lompat bergalah). 

Presiden Samas Ramjit Nairulal berkata persatuan itu amat berbangga dengan pencapaian mereka mewakili negara.

Advertisement
“Kejayaan ini bukan sahaja untuk mereka tetapi juga satu kebanggaan kepada semua atlet master Sabah dan Malaysia. Dedikasi, disiplin dan semangat juang mereka patut dicontohi,” katanya.

Ramjit turut mengucapkan tahniah kepada Juliana, yang menjadi atlet Malaysia dan juga Asia pertama menerima sijil induksi ke Galeri Juara-Juara WMA (Persatuan Masters Dunia) berikutan pencapaian memenangi pingat gangsa di Kejohanan Olahraga Masters Dunia di Gothenburg, Sweden pada 2024.

Sementara itu, Samas diwakili skuad 20 anggota dan atlet lain ialah Suhaili Saneh, Warohin Rosli, Suzanirihwati Abd Ghani, Magdalini Hillary Panggau, Linah Ikun, Laura Dosui, Jessie Manjin, Anny Michael Nanak dan Helena Majalang.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here