Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Moddy hargai dedikasi skuad ragbi Sukma
Published on: Saturday, March 28, 2026
Published on: Sat, Mar 28, 2026
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Moddy hargai dedikasi skuad ragbi Sukma
MODDY berharap pasukan Sukma terus menyerlah.
KENINGAU: Komitmen terhadap pembangunan sukan negeri diperlihatkan lagi apabila Presiden Inter United FC, Moddy Patrick tampil memberikan sumbangan kewangan kepada pasukan ragbi Sabah yang akan mewakili negeri pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2026.

Sumbangan itu disalurkan bagi membantu persiapan pasukan meliputi keperluan latihan, logistik dan pertandingan, sekali gus memberi suntikan semangat kepada atlet untuk beraksi cemerlang di pentas kebangsaan.

Advertisement
Menurut Moddy yang juga Presiden Projek MP, inisiatif itu sebagai tanda menghargai usaha dan dedikasi pemain dan jurulatih yang selama ini berjuang untuk membanggakan Sabah dalam arena ragbi.

“Semoga pasukan ragbi Sabah akan berjaya dan terus mengharumkan nama negeri pada Sukma Malaysia 2026 dengan membawa kemenangan dan kegemilangan kepada negeri kita serta membanggakan semua khususnya peminat,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pada masa sama, Moddy menegaskan sokongan kepada belia dan atlet akan terus menjadi keutamaan dalam usaha membina masyarakat yang sihat, berdaya saing dan bersatu padu, selain meletakkan prospek masa depan yang lebih cerah.

Langkah itu mencerminkan peranan penting sektor komuniti dan kepimpinan akar umbi dalam memperkukuh pembangunan sukan negeri secara berterusan, dan diharapkan inisiatif itu akan diteruskan pada masa akan datang.

Advertisement
Sabah mempunyai sejarah memenangi Piala Agong sebanyak lima kali (2007, 2009, 2014, 2015, 2018). Skuad wanita Sabah turut mencipta sejarah sebagai juara sulung ragbi 7 sebelah Sukma 2018 dan terus mendominasi, manakala peringkat sekolah (Keningau/Maktab Sabah) konsisten merangkul kejuaraan MSSD/kebangsaan.

Bagi Pembangunan Ragbi sekolah dan daerah, pasukan ragbi Bawah 12 Tahun MSSD Keningau merekodkan rekod kemenangan berturut-turut selama empat tahun.

Advertisement
Sekolah Menengah (SM) Maktab Sabah menjuarai Kejohanan Ragbi MSSD Kota Kinabalu (U-18).

Pasukan KV Keningau menjuarai Kejohanan Ragbi Kebangsaan Kolej Vokasional Sukan (Sukov) 2025.

Bagi Kejohanan antarabangsa/kelab, kelab tempatan seperti Sabah Osca-Warriors dan KK Sharks sering mencapai kejayaan termasuk di luar negara.

Bagi pencapaian wanita, skuad wanita Bunga Raya 7s yang meraih pingat pada Sukan SEA Thailand 2025 turut disokong pemain dari Sabah, menunjukkan kekuatan bakat negeri ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here