Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Warga emas ditemui mati, cucu masih hilang di Sook
Published on: Thursday, March 26, 2026
Published on: Thu, Mar 26, 2026
By: Gerry Lewis, Ahmad Apong
Text Size:
Text:
Warga emas ditemui mati, cucu masih hilang di Sook
PASUKAN penyelamat dan penduduk selepas penemuan mangsa.
KENINGAU: Seorang lelaki warga emas, Fredoline Yariki, 60, ditemui meninggal dunia pada petang Rabu manakala cucunya berusia tujuh tahun masih hilang berhampiran Sungai Pagalan, Taman Bersatu, Sook.

Fredoline dan cucunya kali terakhir dilihat kira-kira 9.35 pagi Selasa ketika mereka pergi ke sungai untuk menguji sebuah bot namun tidak pulang, sekali gus mencetuskan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Advertisement
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Keningau, Serevinus @ Mohd Nidzam Sinkui berkata panggilan kecemasan diterima sebelum pasukan seramai sembilan anggota digerakkan ke lokasi.

“Pasukan tiba pada 6.20 petang, mengumpul maklumat dan memulakan operasi SAR di sepanjang tebing sungai dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bagaimanapun, operasi SAR pada Selasa hanya menemukan barang milik mangsa termasuk beg peribadi, sebuah bot bersama enjinnya serta sebuah bekas berisi bahan api.

Operasi kemudian diteruskan pada Rabu seawal jam 6.10 pagi membabitkan pencarian di permukaan air merangkumi kawasan Sungai Banjar hingga Sungai Mempikit dengan bantuan komuniti setempat.

Advertisement
Selepas hampir 11 jam, pasukan sukarelawan orang awam akhirnya menemui jasad warga emas itu pada jam 5.21 petang.

Mangsa dikesan dalam keadaan menelentang di tengah-tengah sungai, di sebalik timbunan pokok dan dahan yang hanyut, kira-kira tujuh kilometer dari lokasi terakhir mereka dilaporkan hilang.

Advertisement
Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut sebelum operasi SAR ditangguhkan pada jam 6.37 petang hari kedua.

Pihak berkuasa akan memberikan maklumat terkini dari semasa ke semasa apabila operasi pencarian disambung.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here