Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Tafsiran baharu EPW mengakibatkan ramai guru di Sabah terbeban dengan bayar balik
Published on: Saturday, November 29, 2025
Published on: Sat, Nov 29, 2025
By: Jinni Juanis
Text Size:
Text:
Tafsiran baharu EPW mengakibatkan ramai guru di Sabah terbeban dengan bayar balik
Murkam berkata keadaan berkenaan menyebabkan ramai guru berasa tidak senang hati kerana
Kota Kinabalu: Tafsiran baharu Elaun Perumahan Wilayah (EPW) mengakibatkan ramai guru di negeri ini tertekan dan terbeban berikutan terpaksa menanggung hutang bayaran balik berdasarkan kiraan semula yang dikuatkuasakan secara retroaktif atau ke belakang. 

Ini akan memaksa guru-guru menanggung beban membayar semula EPW melalui potongan gaji bagi mereka yang telah membeli rumah menggunakan kemudahan Pinjaman Perumahan Kerajaan (LPPSA) sebelum tafsiran baharu kelayakan EPW dikuatkuasakan.

Advertisement
Presiden Kesatuan Guru-Guru Kebangsaan Sabah (KGKS) Murkam Hussien berkata keadaan berkenaan menyebabkan ramai guru berasa tidak senang hati kerana terbeban.

Oleh itu katanya KGKS merayu kepada Jabatan Perkhidmataan Awam (JPA) supaya mengkaji semula penguatkuasaan secara retroaktif peraturan berkaitan EPW terhadap guru-guru yang telah menerimanya secara sah berdasarkan Panduan Pemberian EPW Tahun 2009.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Kita tidak nafikan bahawa tafsiran baharu EPW itu mengakibatkan ramai guru tertekan dan terbeban dengan risiko terpaksa menanggung hutang semata-mata untuk membayar balik tafsiran baharu itu.

“KGKS berpendapat adalah tidak adil bagi guru-guru menanggung beban pembayaran semula EPW melalui potongan gaji mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisement
Katanya KGKS juga merayu kepada JPA supaya mengecualikan guru-guru yang telah memperolehi kemudahan LPPSA mengikut tafsiran dan kiraan lama daripada pemotongan gaji mengikut kaedah retroaktif.

KGKS turut merayu kepada Menteri Pendidikan supaya campur tangan bagi membantu menangani masalah yang dihadapi guru-guru terbabit.

Advertisement
Menurutnya tafsiran baharu syarat EPW dan LPPSA menyaksikan pengiraan dibuat menggunakan ukuran radius garis lurus 25 kilometer (km) dan dilaksanakan secara retroaktif.

Susulan itu guru-guru terbabit diarahkan membayar balik EPW yang dikatakan terlebih bayar yang telah diterima selama bertahun-tahun.

Kata Murkam ada antara guru-guru yang terpaksa membayar balik puluhan ribu ringgit sekali gus membebankan guru-guru di Sabah khususnya mereka yang telah menerima kemudahan ini sebelum tafsiran baharu dikuatkuasakan.

“Berdasarkan analisis Psikologi dan Kesan Prestasi Guru Terlibat Tuntutan Balik (EPW) penguatkuasaan tafsiran baharu itu telah menimbulkan pelbagai kesan negatif kepada tenaga pengajar yang terbabit.

“Antara gangguan itu katanya termasuk psikologi dan tekanan emosi kolektif dalam kalangan guru yang berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) khususnya di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Sementara itu seorang guru yang tidak mahu namanya disiarkan memberitahu keadaan yang mereka alami ini menyebabkan tekanan emosi, kebimbangan dan ketakutan, kemurungan serta keletihan professional.

“Saya juga mengalami masalah tumpuan dalam melakukan aktiviti harian manakala ia juga menjejaskan prestasi kerja sehingga memberi kesan pada sosial dan keluarga.

“Saya tidak boleh tidur sejak menerima surat tuntutan. Rasa sangat kecewa sebab dulu kami ikut panduan rasmi JPA 2009. 

“Sekarang disuruh bayar balik seolah-olah kami menipu. Saya hilang semangat mengajar,” katanya.

Seorang lagi guru dari Tuaran berkata elaun terbabit digunakan untuk bayar ansuran rumah. 

“Bila disuruh bayar balik saya terpaksa guna simpanan anak untuk ke universiti membayar balik. Setiap kali ke sekolah hati saya jadi kosong,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here