Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Program ayam pedaging perkukuh keterjaminan makanan Sabah
Published on: Saturday, November 29, 2025
Published on: Sat, Nov 29, 2025
By: Gerry Lewis
Text Size:
Text:
Program ayam pedaging perkukuh keterjaminan makanan Sabah
KENINGAU: Program Meningkatkan Produktiviti Penternakan Ayam Pedaging dan Keterjaminan Makanan di Sabah menerusi pembangunan kapasiti bersasar diteruskan di Ladang Ruminan Sebrang dengan penglibatan pengusaha ayam dari sekitar daerah ini.

Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Sabah Edward Binty (gambar) berkata program anjuran MPC Wilayah Sabah bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah (DVS Sabah) itu merupakan antara inisiatif strategik memperkukuh rantaian industri ayam pedaging khususnya melalui peningkatan kemahiran teknikal, pengetahuan komersial dan adaptasi amalan penternakan moden.

Advertisement
“Sesi latihan di Keningau adalah siri ketiga selepas penganjuran di Kota Kinabalu dan Beaufort menjadikan keseluruhan peserta mencecah 120 penternak ayam. 

“DVS Sabah memaklumkan permohonan penyertaan amat menggalakan namun hanya penternak kecil berpengalaman dipilih bagi memastikan keberkesanan program. 

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Ia bertujuan membantu penternak kecil meningkatkan produktiviti sebelum beralih kepada operasi berskala sederhana,” katanya.

Beliau berkata program berkenaan bukan sahaja meningkatkan pengetahuan peserta tetapi turut membantu mereka mengadaptasi teknologi baharu dalam penternakan ayam pedaging.

Advertisement
Menurutnya produktiviti bukan lagi pilihan tetapi keperluan untuk memastikan industri penternakan kekal mampan dan kompetitif. 

“MPC komited memperkasakan penternak Sabah agar meningkatkan kecekapan operasi serta menghasilkan ternakan lebih berkualiti,” katanya.

Advertisement
Beliau menyatakan kerjasama rapat antara MPC Sabah dan DVS Sabah merupakan langkah proaktif menyokong agenda keterjaminan makanan negeri seiring usaha Kerajaan Negeri memperkukuh sektor agro-makanan di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Program sama dijangka memberi impak positif melalui peningkatan produktiviti penternak, kestabilan harga ayam di pasaran tempatan serta pengukuhan sumbangan kepada ekonomi negeri.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here