Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Hajiji minta Persatuan Undang-Undang Sabah sumbang input tuntutan 40 peratus Sabah
Published on: Thursday, November 27, 2025
Published on: Thu, Nov 27, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
 Hajiji minta Persatuan Undang-Undang Sabah sumbang input tuntutan 40 peratus Sabah
HAJIJI (kedua, kanan) bersama Chin (kiri), Mohamed Nazim (kedua, kiri), Soh (tengah) dan Armizan semasa perbincangan Selasa lepas.
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor meminta Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) mengemukakan input untuk mengukuhkan tuntutan Sabah terhadap geran khas 40 peratus daripada kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata input SLS yang akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Besar Negeri dan Kementerian Kewangan Negeri itu amat penting bagi memperkukuh rangka kerja yang menjadi asas perbincangan berterusan Sabah dengan kerajaan Persekutuan.

Advertisement
“Dalam pertemuan dengan SLS, saya mendengar pandangan dan cadangan mereka. Saya telah meminta mereka menyediakan input terperinci dan mengemukakannya kepada Peguam Besar Negeri dan Kementerian Kewangan Negeri untuk terus mengukuhkan tuntutan kita,” katanya dalam kenyataan Rabu.

Kenyataan itu susulan pertemuan antara Hajiji dan Presiden SLS Datuk Mohamed Nazim Maduarin serta bekas presidennya Datuk Roger Chin di kediaman Ketua Menteri di sini, Selasa lepas.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Permintaan Ketua Menteri itu adalah susulan keputusan Mahkamah Tinggi pada 17 Okt lepas yang mengarahkan kerajaan Persekutuan mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri dalam tempoh 90 hari berhubung geran perlembagaan berkenaan.

Selain geran khas 40 peratus itu, Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mahu SLS menjadi sebahagian daripada pasukan yang menggubal kerangka Dana Pelaburan Masa Depan Anak Sabah (SSWF), termasuk penyediaan deraf enakmennya.

Advertisement
Penubuhan dana pertama SSWF ini, antara ikrar teras dalam manifesto pilihan raya GRS yang dilancarkan pada 17 Nov bertujuan meningkatkan hasil tahunan negeri kepada RM10 bilion menjelang 2030.

Modal permulaan SSWF akan diambil daripada sebahagian rizab negeri Sabah bagi menjamin kestabilan kewangan jangka panjang untuk generasi akan datang,

Advertisement
Satu peratusan tetap daripada geran khas 40 peratus Sabah daripada Putrajaya akan turut disalurkan ke dalam dana berkenaan setiap tahun.

Ketua Menteri berkata selain wakil kerajaan, pasukan SSWF juga akan melibatkan golongan profesional serta pakar dalam bidang pelaburan, kewangan dan perundangan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here