Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Calon Barisan Nasional tekad jadikan Kemabong daerah penuh
Published on: Tuesday, November 25, 2025
Published on: Tue, Nov 25, 2025
By: Jinni Juanis
Text Size:
Text:
Calon Barisan Nasional tekad jadikan Kemabong daerah penuh
Rahmah Jan turut meletakkan sasaran untuk memastikan kemudahan jalan raya yang lebih baik.
Tenom: Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Rahmah Jan Sulaiman bertekad untuk merealisasikan harapan rakyat untuk menjadikan Kemabong sebagai daerah penuh, jika diberi mandat dalam Pilihan Raya Umum Negeri Sabah 29 Nov ini.

Menurutnya penaiktarafan Kemabong kepada daerah penuh adalah antara tujuh teras manifesto bagi memperkasa agenda pembangunan di Dun itu.

Advertisement
“Apabila Kemabong diangkat sebagai daerah penuh, kemudahan lain seperti klinik kesihatan, pondok polis dan fasiliti sukan turut dinaiktaraf selain tadbir urus yang lebih cekap,” katanya dalam hantaran media sosial.

Rahmah Jan turut meletakkan sasaran untuk memastikan kemudahan jalan raya yang lebih baik.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Katanya, ini termasuk menaiktaraf jalan raya kampung dan penyelenggaraan konsisten bagi memudahkan pergerakan rakyat dan aktiviti ekonomi.

Beliau berkata, lima teras manifesto lain ialah menambahbaik kemudahan air, elektrik dan akses Internet, menyediakan pendidikan berkualiti untuk semua, memperkasa ekonomi luar bandar, meneroka produk pelancongan baharu sebagai pemangkin ekonomi dan memperluaskan bantuan perumahan, terutama rumah mampu milik.

Advertisement
“Ini adalah antara visi dan misi saya untuk Dun Kemabong jika dipilih sebagai wakil rakyat di sini. 

“Saya berikrar memastikan pembangunan luar bandar demi kesejahteraan masyarakat,” katanya.

Advertisement
Rahmah Jan menyeru rakyat Kemabong supaya bersatu dalam BN dan tidak mudah terpedaya dengan propaganda pihak lawan yang cuba memesongkan pemikiran mereka.

Selepas seminggu berkempen, beliau berkata sambutan rakyat terhadap BN amat memberangsangkan dan berharap dapat menawan semula kerusi Kemabong yang dahulunya kubu kuat BN/Umno.

Dun Kemabong akan menyaksikan pertandingan sembilan penjuru yang mempunyai 23,000 pengundi.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here